Dituduh Curang Dengan Isteri, Syamsul Yusof Bakal Saman Saluran YouTube “Cabik Geronong”

Hiburan

Dituduh Curang Dengan Isteri, Syamsul Yusof Bakal Saman Saluran YouTube “Cabik Geronong”

Menyedari wujud sebuah saluran YouTube yang bertindak menggambil kesempatan menggunakan hal rumah tangganya sebagai tajuk untuk meraih tontonan di platform berkenaan, pelakon Syamsul Yusof akui berang dengan sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan.

"Stop Playing With My F******G Name!” – Tajuk Berbaur Fitnah, Syamsul Yusuf Hilang Sabar Bakal Saman Saluran YouTube

Advertisement

Dengan menggunakan nama Cabik Geronong Channel, saluran itu meletakkan tajuk berjudul ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah’ perkara itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang Syamsul.

Menerusi sebuah posting di laman Instagramnya, Syamsul khabarnya bakal mengambil undang-undang terhadap saluran berkenaan.

“Anda semua nak main-mainkan saya kan? Berani tulis tajuk macam ini hanya untuk mendapatkan views di YouTube. Saya dah semak dan saluran ini adalah dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya id. Too much brother. Jangan main-main dengan nama saya. Please stop playing around with my f******g name bro.”

Tegas Syamsul lagi, dengan kisahnya yang kian menjadi buah mulut netizen ketika ini, secara tidak langsung tindakan seperti ini seakan mampu membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

Dituduh Curang Dengan Isteri, Syamsul Yusof Bakal Saman Saluran YouTube "Cabik Geronong"

“Saya akan dapatkan peguam terbaik. Seriously bro, too much! Orang pun ada perasaan juga, come onlah respek people. Saya hormat anda, anda hormat saya. Saling menghormati, jangan buat kami, artis Malaysia ni like shit man. Malas cakaplah, see you in court!”

Terdahulu, tular di media sosial apabila kelibat Puteri Sarah tampil serba hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama.

Dituduh Curang Dengan Isteri, Syamsul Yusof Bakal Saman Saluran YouTube "Cabik Geronong"

Malah, Puteri Sarah juga sebelum ini seakan memberi bayangan bahawa bahawa rumah tangganya kini bagai dilanda badai kerana beliau difahamkan tampil memuat naik kenyataan berkaitan curang di Insta Storynya baru baru ini.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah telah selamat mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...