Sebut sahaja nama Hael Husaini, pasti ramai yang akan mengenali sosok tampan serta suara merdu penyanyi ini yang kian menempah nama dalam industri muzik Malaysia.
Bertanya tentang keadaan terkini penyanyi berusia 33 tahun ini, dia dikhabarkan sedang berada di negara Korea atas urusan kerja bersama rakan-rakan penyanyi yang lain.
Lain pula cerita apabila terdapat pula dakwaan daripada seorang pelajar yang menetap di Korea apabila dirinya melihat penyanyi berkenaan sedang berseronok di sebuah kelab malam di negara tersebut.
Dakwaan itu dikongsikannya menerusi sebuah ciapan di laman Twitter memaklumkan ternampak seorang penyanyi terkenal masuk ke dalam satu kelab malam di Itaweon, Korea.
Berdasarkan tangkap layar pada ciapan itu, walaupun tidak menyebutkan nama penyanyi tersebut, namun hint-hint seperti Jampi, Haram dan Kelentang Kelontong seakan-akan memberikan gambaran mengenai Hael Husaini.
Perkongsian itu telah menjadi bualan ramai sehingga menimbulkan beberapa persoalan. Malah, ciapan daripada pelajar itu juga dikatakan telah dipadamnya.
Berhubung dengan kejadian itu, pihak pengurusan serta pembantu peribadi Hael tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu menerusi sebuah rakaman live di Instagram.
Menerusi perkongsian dari kelab peminat Hael di TikTok, mereka menyatakan bahawa tindakan susulan akan diambil kepada pelajar tersebut di atas dakwaan yang dilihat tidak berasas.
Walaupun ciapan tersebut telah dipadam, namun ia seakan-akan sudah terlambat kerana segala maklumat pelajar itu termasuklah alamat rumah dan media sosialnya telah dijumpai.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengecam tindakan pelajar tersebut yang menuduh Hael Husaini tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih dari 400,000 jumlah tontonan serta mendapat 39,800 tanda suka.