Dituduh Cabut Mesin Hayat Arwah Pada Hari Jumaat, Ibu Sandra Dianne Kecewa Difitnah Netizen, Bakal Saman Fitnah

Hiburan

Dituduh Cabut Mesin Hayat Arwah Pada Hari Jumaat, Ibu Sandra Dianne Kecewa Difitnah Netizen, Bakal Saman Fitnah

Ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne, Nur Syakinah Abdullah sekali lagi meluahkan rasa kekecewaan apabila telah difitnah seorang pengguna Facebook telah menyebabkan kematian anaknya pada jumaat lalu.

Menurut individu terbabit, Syakinah dikatakan telah membuat keputusan untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan yang diberikan kepada Sandra ketika masih berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

Ketika mengulas lanjut, dia mengakui bahawa komen yang ditulis individu berkenaan merupakan satu fitnah besar dan sangat mengguris hati dan perasaannya.

Syakinah meluahkan perasaan kecewa itu di ruangan Facebook peribadi miliknya.

“Sehinggakan komen kamu tentang kematian anak saya seolah-olah kamu ada di hospital ketika anak saya bertarung nyawa. Saya anggap komen kamu keterlaluan dan ianya fitnah besar yang harus saya pikul. Kamu seolah-olah menuduh saya telah membunuh anak sendiri dan sengaja memilih tarikh yang jatuh pada hari jumaat untuk kematian anak saya,”

Dalam pada itu, netizen lain yang mengikuti entri berkenaan turut mengkritik komen yang dilemparkan individu terbabit kerana merasakan ianya melampaui batas dan keterlaluan.

Syakinah turut menjelaskan kepada umum bahawa Allahyarham sudah boleh bernafas sendiri setelah menjalani pembedahan namun kesihatannya makin merosot, sehari selepas itu.

Kecewa dengan tuduhan itu, Syakinah turut memaklumkan bahawa dirinya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Mengimbas kembali, Sandra atau nama sebenarnya, Alessandra Dianne Ampuria dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi jumaat lalu setelah enam hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Jenazah Sandra selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...