Baru-baru ini, video yang dimuat naik oleh pemilik jenama lokal dikenali ramai iaitu Christy Ng menjadi perhatian susulan memaparkan diri memberi wang kepada pekerjanya.
Netizen tuduh Christy Ng buli intern & pendekkan cuti bersalin
Biarpun ramai yang meluahkan rasa kagum dan gembira jika mendapat bos seperti Christy Ng, ada seorang netizen tampil menyuarakan rasa kurang senang dengan mendakwa beliau seorang majikan yang sering membuli intern serta memendekkan cuti bersalin.
Ciapan yang dimuat naik itu telah meraih perhatian warganet di platform X, sehingga ianya dibanjiri dengan komen negatif.
Staf Christy Ng tampil bersuara
Tampil bersuara sebagai staf di bawah syarikat Christy Ng, seorang individu yang dikenali sebagai Deng berkata dirinya akan memulakan cuti paterniti dalam masa terdekat dan segala keperluan seperti lampin, produk bayi, serta elaun paterniti diberi oleh bosnya itu.
Bahkan, Christy Ng turut memberi sokongan dengan menaja Confinement Lady selama dua minggu bagi membantu ketika dia dalam proses berpantang.
She is my boss.i will start my paternity by next week.diapers,paternity allowance,all baby products, tiba2 duit tepi, all sort of baby punya barang i can say, she sponsored. No issue with maternity/paternity leave at all. Siap belanja Confinement Lady for two weeks 😬 https://t.co/SLUCdjwj9p
— ᴅᴇɴɢ (@Nasru_Den) October 13, 2024
Individu terbabit menegaskan tiada masalah atau kepayahan buat dirinya untuk mendapatkan cuti bersalin ketika di syarikat terbabit.
Ciapan tersebut merupakan balasan untuk individu yang menuduh Christy Ng bersikap tidak adil terhadap pekerja-pekerjanya.