Pelakon Emma Maembong nampaknya tidak putus-putus dihimpit kontroversi apatah lagi selepas hubungan cinta beliau bersama pelawak Zizan Razak putus di tengah jalan.
Kemesraan yang terpancar bersama aktor Kamal Adli juga menjadi buah mulut ramai meskipun kedua-duanya mengaku sebagai teman rapat sahaja. Kerana itu juga, Emma dituduh oleh sesetengah pihak bahawa beliau bertudung gara-gara ingin pikat lelaki sahaja.
Menerima dakwaan yang agak melampau, Emma menerusi ruang komen di akaun Instagram miliknya telah membidas kata-kata tersebut.
Pada kami peminat tidak perlu komen sebegitu, niat seseorang itu kita tidak boleh persoalkan dan yang menuduh itu dapat dosa free je. Doakan sahaja perubahan beliau itu kekal sehingga akhir hayat.