Dituduh Bermain Kayu Tiga, Potong Jari Sendiri Buktikan Diri Tak Bersalah

Trending

Dituduh Bermain Kayu Tiga, Potong Jari Sendiri Buktikan Diri Tak Bersalah

knife-pisau-darah-blood

Seorang lelaki yang dituduh bermain kayu tiga terpaksa dikejarkan ke hospital, selepas memotong jari sendiri bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Advertisement

Kejadian itu berlaku berhampiran Kuala Kangsar, Perak, apabila seorang lelaki berusia 20-an ditahan dua lelaki, di mana seorang daripada suspek itu mengesyaki mangsa merogol isterinya.

Menurut laporan Sin Chew Daily, seorang daripada suspek itu bersenjatakan parang, manakala seorang lagi bertindak menggunakan topi keledar untuk memukul kepala mangsa, lapor portal FMT.

Mangsa dalam laporan polisnya mendakwa, ketika kejadian, dia terpaksa membawa seorang daripada lelaki itu yang mengacukan parang ke lehernya, ke rumah suspek terbabit untuk dikenal pasti isteri suspek.

Pada masa sama, suspek juga bertindak merotan mangsa dan cuba menetaknya menggunakan parang, namun tindakan itu sempat dihentikan suspek kedua.

Kedua-dua suspek kemudiannya mengugut mangsa memotong jari sendiri, bagi membuktikan dirinya tidak bersalah atau mereka akan memukulnya sehingga mati.

Disebabkan tiada pilihan, mangsa terpaksa akur dan menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital, akibat pendarahan teruk.

Mangsa hanya membuat laporan polis kira-kira seminggu selepas kejadian itu, setelah dinasihatkan isteri dan bapanya.

Menurut mangsa, sehingga kini, kepala dan perutnya masih sakit, selain kadang-kala batuk berdarah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.