Baru-baru ini viral apabila seorang gadis memuatnaik satu status yang meluahkan rasa tidak puas hati dan marah diatas layanan yang diterima oleh adiknya tatkala sedang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Shah Alam.
Menurutnya gadis itu lagi, dah terang lagi bersuluh adiknya dalam keadaan berdarah, namum beliau menyatakan doktor disitu langsung buat tak tahu je. Ehh! Yeke ni?
Namun selepas dakwaan viral itu dilontarkan, seorang doktor telah tampil menjelaskan procedure di Jabatan Kecemasan & Trauma tu, baca penjelasan doktor ni dulu.
Mangsa perlu saring di kaunter ‘Primary Stage’ – pesakit akan dinilai kategori kecemasan atau tidak
PENJELASAN FITNAH ISU HOSPITAL SHAH ALAM : FAHAMI PROSEDUR RAWATAN PESAKIT TRAUMA
Baharu selesai penjelasan kes di Hospital Jeli , kini terjadi lagi kes “cubaan” memburukkan fasiliti kesihatan awam yang mana kini Hospital Shah Alam pula menjadi mangsa. Amatlah menduka citakan bahawa morbiditi kisah viral di alam maya masih lagi menjadi pilihan sesetengah masyarakat sedangkan saluran yang lebih baik dan profesional telah lama di perkenalkan.
Penjelasan yang akan di berikan lebih kepada menerangkan bagaimana satu perkhidmatan kesihatan di lakukan bermula daripada pesakit sampai sehingga rawatan tamat dan prognosis rawatan dari masa ke semasa khususnya bagi kes kes trauma seperti yang di maklumkan oleh pihak yang tidak profesional tersebut.
Untuk pengetahuan pihak berkenaan dan masyarakat umum bagi kes trauma yang datang ke Jabatan Kecemasan Dan Trauma , mangsa masih perlu di saring di kaunter “Primary Triage” (Saringan Pertama). Di sini pesakit akan di nilai secara luaran mengikut SOP yang di wartakan untuk di katergorikan sebagai kes kecemasan atau tidak oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang bertauliah dan berpengalaman.
Bagi kes mengancam nyawa, pesakit dimasukkan ke zon merah (kritikal) atau zon kuning (semi kritikal)
Bagi kes trauma yang mengancam nyawa (kecemasan) pesakit akan di masukkan terus ke zon merah (kritikal) atau zon kuning (semi kritikal) bagi mendapatkan rawatan awal. Tambahan pula, bagi kes trauma yang tidak kritikal pesakit akan masuk ke “Secondary Triage” ( Saringan kedua). Dalam fasa ini , pesakit akan di nilai tanda “vital” bagi menilai jika berlaku keabnormalan pada fisiologi dalaman badan di samping cucian luka (dressing) dan rawatan awal di lakukan.
Dalam prognosis di saringan kedua , mangsa akan di berikan ubatan Anti Tetanus sebagai profiklasis secara suntikan dan cucian luka asas bagi membersihkan luka dan mengelakkan jangkitan akibat luka yang terhasil. Cucian luka yang di lakukan adalah secara asas sahaja ia nya kerana setelah itu mangsa akan berjumpa Pegawai Perubatan untuk pemeriksaan penuh. Semasa pemeriksaan penuh di lakukan, Pegawai Perubatan akan membuka balutan yang telah siap di cuci untuk di nilai keadaan luka dan lakukan investigasi lanjut seperti xray , jahitan luka dan sebagainya. Setelah selesai semua rawatan, pesakit akan di cuci sekali lagi secara cucian penuh dan aseptik di mana tiada lagi bukaan pada balutan luka kerana pesakit akan di benarkan pulang ataupun masuk ke wad untuk rawatan lanjut.
Jelas sekali pesakit sudah lalui cucian luka asas & darah yang keluar kerana waris sendiri yang buka balutan
Mengikut gambar dan cerita yang cuba di viralkan , jelas sekali pesakit sudah melalui cucian luka asas (balutan gauze) dan menunggu untuk di berjumpa dengan Pegawai Perubatan dan jelas bahawa cerita yang di utarakan pesakit di abaikan TIDAK BENAR sama sekali. Adalah amat rugi jika cucian penuh di lakukan pada awal rawatan kerana luka yang di balut akan di buka semula untuk penilaian Pegawai Perubatan mahupun Juru X ray bagi mendapatkan sudut yang tepat. Tambahan lagi , darah yang meleleh keluar daripada mangsa (contoh di muka mengikut gambar) adalah kerana waris sendiri membuka balutan tersebut menjadikan luka yang telah di “pack” terbuka semula di samping tidak semua luka perlu di balut lebih lebih lagi luka yang “superficial” kerana bagi mencepatkan proses penyembuhan luka.
Kepada pihak yang berkenaan , anda seharusnya tidak memuat naik isu seperti ini kerana anda tidak mengetahui gerak kerja perkhidmatan kesihatan di sesuatu fasiliti kesihatan itu dan ianya hanya membuka aib sendiri dan menunjukan sikap tidak profesional dan tahap kematangan anda dalam mengendalikan kesulitan. Kepada staff Hospital Shah Alam , di harap dapat bersabar dan terus tabah dalam menjalani liku liku merawat pesakit yang datangnya daripada pelbagai lapisan masyarakat dan berbeza kelas mindanya.
#fitnahhospitalshahalam
#pppmalaysia
sumber: facebook page PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN