Dituduh Bercerai: Keluarga Siti Nurhaliza Terpaksa Menjawab Pelbagai Soalan

Hiburan

Dituduh Bercerai: Keluarga Siti Nurhaliza Terpaksa Menjawab Pelbagai Soalan

Tersebarnya sebuah artikel mengenai Datuk Siti Nurhaliza yang sudah bercerai dengan suaminya Datuk Khalid oleh sebuah blog tempatan, telah mengejutkan peminat beliau dan sekaligus ia menjadi satu isu yang cukup hangat diperkatakan di media sosial.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Siti Nurhaliza yang menyedari akan perkara tersebut memaklumkan kepada umum bahawa ia merupakan satu fitnah yang agak besar dilemparkan kepadanya. Isu ini tidak memberikan tekanan yang kuat kepada Siti Nurhaliza tetapi ia mendatangkan kesan kepada keluarganya apabila dihimpit pelbagai soalan daripada sanak saudara yang ingin mendapatkan kebenaran disebalik cerita tersebut.

Ikhlas dan jujurnya saya tidak rasa terganggu sehingga sekarang. Selepas fitnah itu tersebar, takdelah saya tidak boleh tidur sebab geram dan sebagainya. Kehidupan saya berjalan seperti biasa cuma saya kesian dekat ahli keluarga yang perlu menjawab fitnah tersebut kerana sering ditanya saudara dan rakan.

Penulis blog tersebut memancing pembaca dengan meletakkan foto Siti Nurhaliza yang sedang menitiskan air mata bersama tajuk yang cukup sensasi. Namun, jelas penyanyi  tersebut foto yang digunakan dalam artikel itu merupakan foto beliau sewaktu menziarahi jenazah Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini pada tahun lepas. Malah, kandungan artikel tersebut bukan berkaitan dengan dirinya tetapi kisah perceraian kakaknya Siti Norsaida.

Siti Nurhaliza berharap agar penulis blog tersebut tidak lagi menyebarkan fitnah yang mampu menjatuhkan maruah seseorang dan bertaubat atas perbuatannya itu.

Pesanan saya tolong kembalilah ke jalan yang benar. Jika dia orang Islam, bertaubatlah kerana fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

Tentu sekali jika sesebuah gosip tidak enak mengenai keruntuhan rumah tangga seorang pasti ahli keluarga yang akan menanggung akibatnya. Buat Datuk Siti Nurhaliza dan keluarganya kami pasti dengan penjelasan yang telah diberikan ini, masyarakat sudah mengerti situasi yang sebenar.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...