Dituduh Bawa Lari Duit Lepas Terima Tawaran Kerja, MK K-Clique Dedah Hal Sebenar

Hiburan

Dituduh Bawa Lari Duit Lepas Terima Tawaran Kerja, MK K-Clique Dedah Hal Sebenar

Memang sakit apabila orang yang rapat dengan kita tanpa disangka merupakan musuh dalam lipatan sebenarnya.

Sama seperti apa yang dilalui oleh MK K-Clique apabila dia mendedahkan bahawa bekas pembantu peribadinya, Mohd Hazeeq ataupun Kojek telah melarikan wang selepas menerima tawaran kerja di luar pengetahuannya.

Advertisement

Menerusi sebuah entri di Instagram, MK memuat naik permohonan maaf di atas kesalahan pembantu peribadinya itu.

“Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin meminta maaf dengan semua pihak yang terlibat. Saya baharu dapat tahu isu tentang bekas PA saya yang ambil job di belakang saya. Isu ini daripada tahun lalu.”

mk k-cliqueSumber : mStar Online  

Penyanyi rap popular itu turut menyertakan nombor telefon bagi memudahkan pihak yang terlibat untuk berhubung dengannya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pun begitu, MK dilihat memadam hantaran berkenaan selepas beberapa jam memuat naiknya dan digantikan dengan sebuah lagi entri baru.

“Sekali lagi saya minta maaf. Terlalu banyak pihak yang tak sepatutnya terlibat, (sudah) terlibat. Jadi kes ini antara saya serta Kojek dan kerjasama sepenuhnya telah diberikan. Alhamdulillah, kami settle kes ini antara kami. Terima kasih banyak.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Semoga MK dapat cari jalan penyelesaian buat kes ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...