Dituduh Antivaksin, Rita Rudaini Ajak Farahanim Bertemu Empat Mata

Hiburan

Dituduh Antivaksin, Rita Rudaini Ajak Farahanim Bertemu Empat Mata

Tular di media sosial seketika apabila pengacara Farahanim Razak didakwa telah menyindir selebriti yang duduk dalam satu kawasan perumahan dengannya sebagai antivaksin dan menyebarkan dakyah wap bunga cengkih.

Ianya kemudian menjadi kecoh apabila artis yang didakwa Farahanim itu iaitu Rita Rudaini telah tampil menempelak pengacara itu yang digelarnya sebagai suka cakap belakang dan menabur fitnah.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Rita mengatakan Farahanim sebagai seorang yang bermuka-muka dengannya dan juga hipokrit.

Malah, Rita turut mengajak Farahanim agar bersemuka dengannya jika mempunyai perasaan tidak puas hati terhadap dirinya.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Beginikah sikap seorang muslimah..orang muslim..datanglah jumpa depan-depan..bukan tak pernah sembang pun kan. Sistur lagi lama duduk kawasan ni berjiran dengan Schawal, Lufya..tak pernah pula jumpa jiran macam ni,elok je kita orang..Kalau tak puas hati mai la sembang..kita orang Islam kan berjiran..apa masalah hang ni?”

Rita dalam pada itu turut menafikan bahawa dirinya seorang yang menolak vaksin dan perbuatannya memuat naik amalan merebus bunga cengkih itu sebagai antivaksin.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Terdahulu, Farahanim menerusi satu twit di laman Twitternya ada mencetuskan teka-teki menerusi pangkal nama dua pelakon yang berjiran dengannya didakwa sebagai antivaksin dan menyebarkan dakyah illuminati.

Twitter FarahanimSumber : Twitter Fara Hanim Razak  

Kata pelakon Mami Jarum Junior itu lagi, perbuatan pengacara itu disifatkannya sebagai tidak wajar kerana telah membuka ruang fitnah dan memandang dirinya dari sudut negatif.

“Ayoo orang macam ni tak boleh buat jiran..suka cakap belakang, depan bukan main manis mulut..belakang busuk jugak ye. Tak payahlah tulis RR,LL..tulis je la nama..apa salahnya..kalau nak cari publisiti..Lepas ni naik la follower, jahat juga mulut awak ye sis..” tulis Rita lagi dalam hantaran Instagramnya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...