Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dituduh Ambil Mudah Hal Rujuk Dan Cerai, PU Abu Nafi Suka Mainkan Perempuan

Kini bergelar bapa kepada dua orang anak berlainan isteri, PU Abu Sufyan tampil menjawab pertuduhan netizen yang mengatakan dia gemar mempermainkan hati wanita berdasarkan kes rumah tangganya yang terdahulu.

Advertisement

Dia yang sebelum ini berdepan kontroversi kahwin dan cerai menjelaskan bahawa dia tidak pernah menganggap perkara itu sebagai sebuah permainan yang boleh dibuat main sesuka hati.

Abu dilihat menjawab persoalan netizen menerusi segmen ‘Ask Me Question’ di laman Instagram miliknya, semalam.

Menurut Abu lagi, masalah rumah tangga adalah perkara biasa dan meminta peminat dan pengikut media sosialnya agar sentiasa mendoakan dia tetap tabah dan kuat menghadapi cabaran serta dugaan.

PU AbuSumber : Instgaram PU Abu  

“Tiada ada siapa akan diceraikan pun. Perkahwinan ini bukan macam game PS5. InshaAllah saya akan sedaya upaya bawa rumah tangga saya sampai syurga..”

Ujar pendakwah selebriti ini lagi, dia juga tidak mahu menghadapi perpecahan dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan hanya mahukan kebahagian bersama orang tercinta.

PU AbuSumber : Instagram PU Abu  

Terdahulu, PU Abu pernah mencetuskan kontroversi apabila dia telah menceraikan isteri pertamanya, Ain Afini ketika wanita itu sedang sarat hamil anak pertama mereka. Dia kemudiannya telah bernikah dengan seorang ahli perniagaan bernama Hana Azraa pada awal tahun 2019 sebelum bercerai setahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup bersama dua orang wanita itu, dia dikurniakan dua orang cahaya mata.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. brunes

    March 30, 2021 at 2:51 pm

    buaya penunggang agama.. ahh shaddap u same like dai syed muka tak mandi tu

  2. GirlsRules!

    March 30, 2021 at 1:55 pm

    Shitty guy…. perangai mcm sampah

Loading...
To Top