Izara Aishah telah terpilih menjadi model untuk koleksi Rizalman for Zalora untuk Raya 2018. Ada antara busana dalam koleksi itu yang diinspirasikan dari busana kaum India. Izara diketahui ramai merupakan kawan baik Datuk Rizalman dan pernah mengenakan rekaan Rizalman untuk majlis pernikahannya sebelum ini.
Terbaru, seorang pengguna Twitter mempersoalkan pemilihan Izara sebagai model rekaan tersebut kerana ia dianggap cultural appropriation atau mengambil dan menggunakan budaya lain seolah-olah budaya sendiri.
Bagaimanapun, Izara telah memberi respon kepada pengguna Twitter tersebut memberitahu dia berdarah campuran Melayu dan Pakistan, malah masih ada ahli keluarganya yang berbahasa Urdu. Jadi tidak salah jika dia memodelkan pakaian tersebut.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Bagaimanapun, ada yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Izara.
Bagi penulis, tidak ada masalah untuk Izara menggayakan busana kaum India kerana dia juga mempunyai darah kacukan India (Pakistan, to be exact). Ia isu yang boleh dikatakan remeh memandangkan Izara juga pasti dipilih kerana dia telah mempunyai nama dan pengikut sendiri yang boleh membantu publisiti jenama tersebut.
Apa pendapat anda? – beautifulnara.com