Dituduh Ada ‘Sugar Daddy’ Bela, Ruhainies Bersuara – “Hidup Ni Hati Kena Bersih, Nampak Orang Lain Happy Jangan Busuk Hati”

Hiburan

Dituduh Ada ‘Sugar Daddy’ Bela, Ruhainies Bersuara – “Hidup Ni Hati Kena Bersih, Nampak Orang Lain Happy Jangan Busuk Hati”

Baru-baru ini melalui Instagram Story, pelakon sensasi, Ruhainies tampil meluahkan rasa kesal selepas dituduh oleh seorang individu bahawa dirinya dibela oleh ‘sugar daddy’.

Enggan maafkan individu fitnah ada ‘sugar daddy’

Biarpun individu terbabit sudah memohon maaf atas ketelanjuran kata-kata, aktres terbabit tetap mahu membuat laporan polis kerana merasakan dirinya dimalukan secara terbuka.

Advertisement

Ruhainies didakwa ada sugar daddy

Saya tak maafkan. Saya mahu selesaikan di balai polis. Saya bersumpah demi Allah, saya tak pernah dibela oleh sugar daddy atau seangkatan dengan itu seumur hidup saya.

“Hati kena bersih, nampak orang happy jangan busuk hati”

Dalam pada masa yang sama, Ruhainies turut menasihati orang ramai untuk tidak meninggalkan komen yang boleh membawa kepada fitnah.

Ruhainies didakwa ada sugar daddy

Hidup ini hati kena bersih. Nampak orang lain happy jangan busuk hati. Menggigil tangan fikir nak fitnah apa supaya dapat ‘matikan’ orang.

Sekadar info, seorang wanita telah meninggalkan komen di sebuah hantaran pelakon terbabit  dengan mendakwa dia mendapat elaun bulanan daripada ‘sugar daddy’.

Ruhainies didakwa sugar baby
2025-07-28 11:37:29

"Orang Keliling Dia Tu Lupa Eh Dia Ni Penyondol" - Hidup Serba Mewah, Ruhainies Didakwa 'Dibela' & Jadi 'Sugar Baby'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...