Nama pemuzik Anwar Amzah menjadi bahan bualan warga maya gara-gara pendedahannya di media sosial Instagram mengenai dakwaan dia ada melakukan hubungan sulit bersama seorang penyanyi wanita yang bergelar isteri orang.
Dalam perkongsian itu, Anwar ada memuat naik tangkap layar di mana dia telah menerima mesej peribadi daripada seorang individu yang menuduhnya berkelakuan demikian.
Nafi ada hubungan sulit dengan isteri orang
Tulis individu itu, Anwar dikatakan meminati isteri penyanyi Syamel iaitu Ernie Zakri.
Pakai warna sama dengan Ernie Zakri masa jamming. Minat isteri orang ke. Ada chat, ada text dengna isteri Syamel. Hebat. Isteri orang pulak awek muda. Layan ke.
Jelas Anwar, pada mulanya dia enggan mengambil peduli mengenai tuduhan itu namun setelah menerima terlalu banyak mesej peribadi daripada orang ramai, dia merasakan penjelasan perlu dilakukan bagi mengelakkan salah faham.
Saya tak suka benda fitnah ini makin menjadi-jadi pula. Tolong hentikan. Saya sangat menghormati Kak Erni dan Syamel. Mereka berdua merupakan insan seni yang sangat profesional.
Tolong jangan laga-lagakan kami. Sebab saya mahu cari makan dalam industri muzik.
Telah hubungi Syamel
Tambahnya lagi, dia ada menghubungi Syamel dan berkongsi mengenai perkara itu. Syamel difahamkan memberi respon yang sangat baik, memahami dan profesional dan menganggap ia adalah satu dugaan dalam bidang seni.
Saya ada hubungi Syamel juga dan memberi penjelasan serta berkongsi cerita ini, dia memahami dan sangat profesional dan dia ok. Saya tak nak perkara sebegini boleh melaga-lagakan kami.
Sekadar info, Anwar yang merupakan pemain gitar akustik profesional pernah bekerjasama dengan Ernie menerusi beberapa persembahan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.