Anak adalah satu anugerah yang paling berharga buat mereka yang sudah berkahwin. Alhamdulillah Abang Nara sekarang pun dah ada 3 orang anak. Memang penat nak menjaga mereka, tetapi keletah mereka sentiasa mencuit hati ini. Seperti yang kita semua tahu, Nora Danish mempunyai seorang anak lelaki bernama Rayqal hasil perkahwinannya dengan Jejai satu ketika dahulu. Dah besar panjang pun dah si Rayqal nie. Comel macam mak dia!!!
Selaku seorang selebriti, sudah tentu Nora Danish seorang yang amat sibuk. Namun itu tidak bermaksud yang Nora mengabaikan dan tidak menjaga anaknya, Rayqal. Apabila dirinya dituduh lebih suka berfoya-foya dan menghabiskan masa bersama bekas kekasih (Nedim) berbanding anaknya, kesabaran dalam diri Nora Danish hilang. Malah ada juga tuduhan yang Nora lebih senang membiarkan Rayqal tinggal bersama bekas ibu dan bapa mentuanya. Fuh!!! Macam-macam tuduhan yang tak masuk akal diterima oleh Nora Danish.
Enggan dirinya dipandang sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab, Nora Danish tampil memberi penerangan yang panjang lebar. Kata Nora Danish:-
Siapa tidak sayang anak? Sebagai ibu, kalau boleh setiap masa asaya mahu berada di sisi Rayqal dan tidak mahu berkongsi kasih sayang ini dengan sesiapa pun. Tapi saya terpaksa akur kerana dia juga masih ada bapa dan datuk serta nenek yang amat menyayangi Rayqal.
Jadi saya harus bergilir-gilir dengan mereka. Tiga hari Rayqal bersama saya, lima hari di rumah datuk dan neneknya manakala tigak hari lagi bersama Jejai. Sebagai cucu sulung, Rayqal menjadi kesayangan ibu dan bapa mentua saya, mereka terlalu sayang kepadanya.
Pada waktu sama, Rayqal juga seronok bersama mereka kerana rumah datuk dan neneknya lebih luas serta ada sepupu yang hampir sebaya tinggal bersamanya. Jadi Rayqal tidak sunyi di sana.
Ibu mentua saya seorag yang sangat baik jadi saya perlu balas budinya. Saya bukan menggunakan Rayqal untuk memancing mereka, Rayqal adalah cucu mereka. Jadi mentua turut mempunyai hak ke atas Rayqal.
Mungkin orang tidak perasan, sebenarnya sudah lama saya cuba menjauhkan diri daripada keluarga mentua. Saya mengelak daripada terlalu kerap menghadiri acara yang dianjurkan mereka kerana tidak mahu dituduh masih mengharapkan keluarga mentua.
Orang tidak perasan semua itu, tetapi mereka terus menerus menghentam saya sehingga ibu saya turut diheret sama. Itu yang menyebabkan saya bertambah sedih. Disebabkan itu, pada sambutan Hari Kebangsaan saya nekad menjawap setiap cemuhan yang dilemparkan kepada saya di laman sosial.
Bukan ingin mengeruhkan lagi keadaan, tetapi saya akan cuba menjawab dan menegur secara baik. Mungkin orang akan berhenti bercakap apabila saya berkahwin kelak. Siapa yang tidak mahu mempunyai keluarga yang bahagia? Saya masih muda dan mahu menambah zuriat lagi.
Tetapi saya masih belum dipertemukan jodoh lagi. Jika sudah bertemu yang sesuai, saya tidak mahu lagi terlalu terbuka seperti dulu. Tahu-tahu saja gambar kahwin saya dah tersebar.
Abang Nara ada perasan juga komen-komen daripada Nora Danish di laman Instagram yang membalas kutukan dan cacian orang ramai terhadapnya. Malah bekas kekasihnya Nedim Nazri turut sama mem’back up’ Nora danish. Secara jujur, apa yang dikatakan oleh Nora Danish ini memang benar. Anak bukanlah hak milik kita seorang lebih-lebih lagi kalau cucu pertama. Memang akan dapat perhatian lebih daripada atuk dan neneknya. Itu perkara biasa. Diharap dengan penerangan ini, tak ada lagi kata-kata nista dilemparkan kepada Nora Danish. Lagi beberapa gambar Nora Danish dan Rayqal dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.