Ditonton Seluruh Dunia 5.3 Juta Kali, Mekanik Dedah Bermodalkan RM50 Honda C70 Miliknya “Menyelam”

Trending

Ditonton Seluruh Dunia 5.3 Juta Kali, Mekanik Dedah Bermodalkan RM50 Honda C70 Miliknya “Menyelam”

Minggu lepas, admin ada memuatnaik sebuah video hingga jadi viral dikalangan netizen di Malaysia dan turut dikongsi oleh ramai pengguna Facebook dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Advertisement

Video memaparkan aksi Mohd Faizol Lokman,30, dan kakaknya Khazuraimi Lokman, 35, menaiki sebuah motosikal yang diubahsuai untuk mengharungi banjir sedalam satu meter tanpa sebarang masalah.

Video itu juga ditonton kira-kira 5.3 juta kali dan dikongsi hampir 120,000 orang yang ternyata ramai kagum dengan bakat Faizol mengubahsuai motosikal Honda C70 berkenaan.

Beliau merupakan seorang mekanik dari Kampung Gerung, Jertih, Terengganu mendedahkan cuma mengeluarkan modal RM50 untuk mengubah suai Honda C70 itu sehingga boleh meredah banjir seperti di dalam video.

Memetik laporan Harian Metro, dia tidak menyangka video dirakamkan kakaknya yang merupakan pembonceng mendapat perhatian ramai netizen.

“Saya sebenarnya sudah beberapa kali mengubah suai motosikal iaitu sejak 2014 untuk mengharungi banjir tetapi tidak pernah merakamkan video.”

“Saya ubah suai motosikal dengan memasang paip tangki air kereta ke karburator. Paip getah itu saya halakan ke atas.

“Karburator itu saya letak dalam raga motosikal. Salur minyak tu saya letak kat atas sekali supaya dapat elak daripada masuk air,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...