Ditipu Sehingga RM15 Ribu, Penjual Topeng Muka Ambil Kesempatan Atas Penularan Wabak COVID-19

COVID-19

Ditipu Sehingga RM15 Ribu, Penjual Topeng Muka Ambil Kesempatan Atas Penularan Wabak COVID-19

Polis Kedah telah menerima aduan melibatkan kerugian berjumlah RM15,000 pada bulan lalu menerusi tiga laporan berkaitan penipuan pembelian topeng muka secara atas talian.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superintendan Elias Omar memberitahu semua mangsa telah membuat pembelian topeng muka di media sosial selepas melihat iklan yang ditawarkan oleh pembekal.

Mangsa mengambil langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 dengan membuat pembelian topeng muka atas talian kerana topeng muka yang tersedia jual di farmasi sering kehabisan stok.

Advertisement

Walau bagaimanapun, setelah pembayaran secara atas talian dibuat, penjual tersebut tidak memproses pembelian tersebut sehingga tempoh yang dijanjikan. Topeng muka tersebut tidak diterima oleh mangsa pada akhirnya.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihak polis sedang mengesan pembekal yang terlibat. Beliau menasihati pengguna supaya mendapatkan bekalan topeng muka dari pembekal yang sah sahaja untuk mengelakkan mereka ditipu individu yang tidak bertanggungjawab.

Sekiranya terdapat lagi pengguna yang menjadi mangsa penipuan pembelian topeng muka boleh tampil untuk membuat laporan agar memudahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan.

stok topeng muka habis

Keadaan semasa telah menyebabkan banyak pihak cuba untuk mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan lebih-lebih lagi kebimbangan orang ramai tentang wabk Covid-19 sedang memuncak.

Terdapat juga laporan yang diterima berkenaan mengitar semula topeng muka terpakai untuk dijual semula. Tindakan yang tidak wajar ini disebabkan stok topeng muka semakin terhad di samping terdapat individu yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Baca: Topeng Muka Terpakai Dijemur Untuk Dijual Semula, Netizen Saran Koyak Topeng Muka Sebelum Dibuang

Sumber

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...