Ditipu Penyedia Servis Tukaran Wang Ketika Melancong Di Bali, Pelancong Ini Dedah Taktik Licik Penipu

Travel

Ditipu Penyedia Servis Tukaran Wang Ketika Melancong Di Bali, Pelancong Ini Dedah Taktik Licik Penipu

Ramai pelancong dari serata dunia melancong ke Bali kerana tempat itu terkenal sebagai salah sebuah tempat pelancongan menarik.

Advertisement

Selain kawasannya yang cantik, ia menjadi destinasi percutian pilihan orang Eropah dan Amerika kerana nilai wangnya yang rendah.

Dengan nilai rupiah yang begitu rendah, pelancong boleh membuat tukaran mawatang EURO dan USD untuk mendapat berjuta-juta rupiah. Akibat jumlah rupiah yang terlalu banyak, ramai pelancong seringkali ditipu apabila membuat pertukaran.

Seorang pelancong bernama Cees van der Spek mengesan teknik penipuan ini dan mengambil keputusan untuk membawa kamera tersembunyi untuk merakamkan aktiviti penipuan ini. Rakaman ini kemudiannya dipaparkan dalam program bertajuk Oplichters.

1. Setelah pelancong memberikan wang untuk ditukar, si penipu akan mengira wang rupiah di hadapan pelancong.

Advertisement

2. Apabila mengangkat wang rupiah yang diletakkan di atas meja, si penipu kemudiannya akan menjatuhkan sebahagian wang rupiah tersebut. Akibatnya, wang yang diberi akan berkurangan!

3. Si penipu kadang kala bijak mengalihkan perhatian pelancong dengan berpura-pura tanya sekiranya mereka mempunyai wang kecil.

Banyak tempat menukar wang yang membuat penipuan yang sama.

Cees van der Spek telah pergi ke beberapa tempat tukaran wang untuk merakam aktiviti penipuan ini secara rahsia. Hampir semua tempat yang beliau pergi menggunakan teknik yang sama ia itu menjatuhkan sebahagian wang yang telah dikira.

Walaubagaimana pun, dipercayai teknik ini bukan sahaja popular di Bali, kemungkinan besar digunakan penyedia servis tukaran wang di mana-mana negara selain Bali. Sekiranya ingin ke Bali atau di mana-mana sekalipun, pastikan kira semula wang yang diterima.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

0 Comments

  1. fred

    August 21, 2017 at 3:53 pm

    indon mmg kaki putar, bodoh sombong, kaki claim…
    sume yg jahat kat dunia ni ko amik lah…

Loading...