Ditinggalkan Sewaktu Gemuk, Teman Lelaki Ingin Kembali Setelah Wanita Ini Kurus, Namun…

Trending

Ditinggalkan Sewaktu Gemuk, Teman Lelaki Ingin Kembali Setelah Wanita Ini Kurus, Namun…

Seorang wanita telah berkongsi pengalaman ditinggalkan orang tersayang kerana kegemukannya. Dengan sokongan seorang lelaki, dia berjaya mengurangkan berat badan. Ikuti kisahnya:
rafi

Dia yang menerima aku di saat aku ditinggalkan tanpa sedikit pun belas kasihan . Aku dikhianati oleh seorang lelaki bernama Mamat *bukan nama sebenar* hahaha… Mamat meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus.

Aku cuma sedar apabila dia bawa seorang perempuan lain jumpa mak dia . Mulai dari hari tu aku SMS tidak dijawab dan panggilan telefon ditolak olehnya . Aku hampir separuh gila diperlakukan sedemikian . *puihhh*

Di saat aku gemuk, berat mencecah 90 kg, seorang lagi insan bernama Rafi * kali ni nama sebenar * menerima aku, menyayangi aku dan memberi sepenuh perhatian kepada aku . Dia sangat-sangat menghargai aku . Tak penah sekali pun dia merungut mahupun menyuruh aku cuba diet , kuruskan badan dan sewaktu dengannya.

Aku rasa bahagia di samping dia walaupun kadang-kadang pendapat kami selalu tak sehaluan dan selalu gaduh-gaduh manja gituh!!! hahaha. *manja sangat* Aku cuma nak cakap terima kasih Muhamad Rafi Mohd Akram , sebab berada di samping aku di saat seorang lagi kaum sejenismu meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus semata-mata hanya kerana pada waktu tu aku GEMUK *terlalu gemuk rasanya* . Maklumlah dia kenal aku pun masa kurus tapi sampai GEMUK aku ditinggalkan.

13700135_1044952935588399_2184932733655302551_n

Dari berat aku 90 kg sampai sekarang 58 kg , dari t-shirt size XXL sampai S , dari baju kurung saiz 46 sampai 36 , dari seluar saiz 38 sampai 30 yang berada di samping aku cuma Mohd Rafi . Mamat pernah “try” aku balik bila dia tengok aku kurus . Ya aku pernah layan Mamat. untuk apa ? Untuk buat Mamat rasa apa yang aku rasa .

Dan aku berjaya buat dia betul-betul sakit hati. Padan muka mamat.

To my dear Mat Rafi , I love you so much ihiks  *aku jadi mcm sekarang di atas kehendak aku sendiri dan hanya disokong oleh Mat Rafi itu pun yang pada mulanya jadi penghalang no 1*

Advertisement

13658925_1044322648984761_7180020174863876119_n

Sumber: Farziara Leeamazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...