Seorang wanita telah berkongsi pengalaman ditinggalkan orang tersayang kerana kegemukannya. Dengan sokongan seorang lelaki, dia berjaya mengurangkan berat badan. Ikuti kisahnya:
Dia yang menerima aku di saat aku ditinggalkan tanpa sedikit pun belas kasihan . Aku dikhianati oleh seorang lelaki bernama Mamat *bukan nama sebenar* hahaha… Mamat meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus.
Aku cuma sedar apabila dia bawa seorang perempuan lain jumpa mak dia . Mulai dari hari tu aku SMS tidak dijawab dan panggilan telefon ditolak olehnya . Aku hampir separuh gila diperlakukan sedemikian . *puihhh*
Di saat aku gemuk, berat mencecah 90 kg, seorang lagi insan bernama Rafi * kali ni nama sebenar * menerima aku, menyayangi aku dan memberi sepenuh perhatian kepada aku . Dia sangat-sangat menghargai aku . Tak penah sekali pun dia merungut mahupun menyuruh aku cuba diet , kuruskan badan dan sewaktu dengannya.
Aku rasa bahagia di samping dia walaupun kadang-kadang pendapat kami selalu tak sehaluan dan selalu gaduh-gaduh manja gituh!!! hahaha. *manja sangat* Aku cuma nak cakap terima kasih Muhamad Rafi Mohd Akram , sebab berada di samping aku di saat seorang lagi kaum sejenismu meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus semata-mata hanya kerana pada waktu tu aku GEMUK *terlalu gemuk rasanya* . Maklumlah dia kenal aku pun masa kurus tapi sampai GEMUK aku ditinggalkan.
Dari berat aku 90 kg sampai sekarang 58 kg , dari t-shirt size XXL sampai S , dari baju kurung saiz 46 sampai 36 , dari seluar saiz 38 sampai 30 yang berada di samping aku cuma Mohd Rafi . Mamat pernah “try” aku balik bila dia tengok aku kurus . Ya aku pernah layan Mamat. untuk apa ? Untuk buat Mamat rasa apa yang aku rasa .
Dan aku berjaya buat dia betul-betul sakit hati. Padan muka mamat.
To my dear Mat Rafi , I love you so much ihiks *aku jadi mcm sekarang di atas kehendak aku sendiri dan hanya disokong oleh Mat Rafi itu pun yang pada mulanya jadi penghalang no 1*
Sumber: Farziara Lee – amazingnara.com