Ditinggalkan Setelah Temujanji Internet, Wanita Buat Laporan Palsu Dirogol Dihukum Penjara

Trending

Ditinggalkan Setelah Temujanji Internet, Wanita Buat Laporan Palsu Dirogol Dihukum Penjara

Seorang wanita membuat temujanji dengan seorang lelaki. Setelah tidur bersama, lelaki itu meninggalkannya senyap-senyap.

Kerana bengang, wanita itu membuat laporan polis telah dirogol lelaki itu.

Advertisement
ad_140693593

Emily Pike

Emily Pike, 23, mengenali Tom Mills melalui Internet dan pasangan itu membuat keputusan tidur bersama di Premier Inn, Bristol, UK.

Tetapi apabila membuat keputusan yang wanita itu tidak menepati jangkaannya, Mills menghilangkan diri sewaktu Emily tidur. Dia menghantar pesanan teks memberitahu dia pergi kerana perlu membantu seorang kawan dalam kesusahan.

ad_140706767

Premier Inn, Bristol

Apabila Emily bangun dari tidur, dia mendapati lelaki berusia 24 tahun itu telah menghilangkan diri. Dia kemudiannya membuat laporan polis bahawa Tom telah merogolnya di hotel dan di dalam kereta.

Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan temujanji mereka yang berlangsung pada tahun 2011 membuktikan bahawa wanita itu menipu. Emily kemudiannya didakwa kerana membuat laporan palsu.

Emily mengaku bersalah dan dipenjarakan selama 18 bulan.

Sebelum ini Emily dikatakan sering menipu, termasuk penah mendakwa dirogol, namun dakwaan itu dibuktikan palsu, seperti yang diberitahu kepada Bristol Crown Court.

Bagaimanapun, Konstabel Detektif Richard Worrin berkata kes seperti itu jarang berlaku dan tidak sepatutnya melemahkan semangat mangsa rogol yang sebenar untuk tampil melaporkan apa yang berlaku kepada mereka. Katanya:-

Tuduhan rogol yang direka merendah-rendahkan pengalaman mangsa rogol yang sebenar dan boleh memusnahkan kehidupan mereka yang difitnah.

Laporan asal: Mirror UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...