Ditikam Dan Digilis Kereta, Seorang Lelaki Maut Kerana Lindungi Isteri Yang Hampir Diculik

Trending

Ditikam Dan Digilis Kereta, Seorang Lelaki Maut Kerana Lindungi Isteri Yang Hampir Diculik

Malam tadi media sosial kecoh apabila seorang lelaki dipukul dilempar mercun dan digilis oleh kereta demi mempertahankan isterinya yang seorang warga asing berusia 20-an daripada diculik.

Advertisement

Kejadian yang berlaku di salah sebuah stesen minyak di Johor Bharu ini terjadi kira-kira jam 7.30 malam.

Seorang lelaki maut ditikam dan digilis sebuah kereta selepas diserang di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, malam ini. Mangsa yang berusia lingkungan 30-an meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum itu, mangsa bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an menaiki kereta jenis Volkswagen Polo berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kereta.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, sejurus kemudian datang sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih menghampiri kereta mangsa.

“Seorang daripada suspek dipercayai keluar dari kereta dan menarik isteri mangsa sebelum wanita terbabit berjaya menyelamatkan diri.”

“Mangsa cuba mempertahankan isterinya kemudian bergelut dengan seorang daripada suspek sebelum suspek yang lain melanggar mangsa sebanyak dua kali,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Mohd Khalil berkata, suspek kemudiannya membaling mercun bagi menakutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum melarikan diri.

“Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar.”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Mohd Khalil berkata, polis memohon orang ramai yang terlihat atau mengesan kedudukan suspek yang menaiki kereta BMW berwarna putih dengan nombor pendaftaran WB 79 L untuk tampil membantu siasatan.

Rentetan dari kejadian ini, netizen rata-rata memberi pelbagai reaksi. Malah ada yang berjaya mengesan pemilik kenderaan BMW itu. Malah ada netizen mengatakan suspek juga telah berjaya ditahan dan akan direman.

Dengan kepantasan yang ada pada netizen, ramai yang sudah berjaya mengesan pemilik sebenar kereta bmw putih tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...