Ditendang Ibu Sendiri Semasa Penggambaran, Gedung Pakaian Berhenti Upah Model Kanak-kanak

Trending

Ditendang Ibu Sendiri Semasa Penggambaran, Gedung Pakaian Berhenti Upah Model Kanak-kanak

Niu Niu berusia tiga tahun ialah model kanak-kanak yang popular di negara China dan memperagakan pakaian untuk beberapa jenama pakaian kanak-kanak.

Ibu Niu-niu telah dituduh mendera anak selepas dia dirakamkan menendang Niu Niu di khalayak umum.

Advertisement

Dalam klip pertama, dia didengari berkata:

Ibu akan tendang kau sampai mati, percaya tak? Angkat bunga tu sekarang, jangan buat ibu naik angin masa penggambaran.

Rakaman itu diambil di Hangzhou, China–selepas seharian kanak-kanak itu memperagakan pakaian pada 6 April 2019.

Niu Niu telah bekerja selama enam bulan dan terdapat laporan bahawa ibunya telah mengerahkan dia untuk bekerja secara berlebihan.

Kesemua gedung pakaian dalam talian yang pernah menggunakan khidmat Niu Niu telah menurunkan kesemua gambar dan video dari laman mereka setelah video penderaan itu tersebar. 110 kedai pakaian online menandatangani petisyen menyokong kebajikan model kanak-kanak.

Orang ramai menganggap ia hanya tindakan menunjuk-nunjuk kerana tiada peraturan atau undang-undang boleh dikuatkuasakan untuk mengekang perbuatan kanak-kanak dipaksa bekerja secara berlebihan.

Ibu Niu Niu telah memuat naik respon di media sosial, mendakwa dia tidak berniat mencederakan anak perempuannya dan mendakwa dia menendang kanak-kanak itu kerana berlari terlalu dekat dengan jalan raya (ia sebenarnya studio luaran, jadi tidak ada jalan raya). Dia mempercayai yang video tersbeut dirakam oleh ibu bapa model kanak-kanak lain yang dengki dengan kejayaan Niu Niu. Dia berkata:

Tiada ibu bapa boleh katakan mereka tidak pernah pukul anak. Biasanya saya jarang pukul anak saya.

Dia mendakwa Niu Niu tidak cedera walaupun ditendang, oleh sebab itu tidak menangis.

Dia juga merasakan seolah-oleh ‘dibuli’ kerana gedung pakaian enggan bekerja sama dengannya lagi.

Namun begitu. sebaik saja video dia menendang Niu Niu tersebar, beberapa video lain juga muncul menunjukkan dia mendera anaknya.

Satu rakaman lain, diambil pada Mac 2019, menunjukkan dia mengugut dan memukul Niu Niu dengan penyangkut baju.

Rakaman ketiga menunjukkan dia berkata:

Cakap hello, cepat, cakap hello. Senyum untuk ibu. Goyang punggung, gelek.

Dan ekspresi wajah Niu Niu serta merta bertukar pada ‘mod bekerja’.

Seorang pekedai yang pernah bekerja dengan ibu Niu Niu memberitahu BJ News bahawa kanak-kanak itu dipaksa mengambil banyak tawaran peragaan oleh ibunya.

Biasanya kanak-kanak ini diminta untuk menghabiskan satu penggambaran dalam masa empat minit, atau 15 penggambaran sejam.


Seorang jurugambar lain berkata Niu Niu, yang bekerja dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang ditumbuk di belakang badan oleh ibunya kerana letih dan tidak boleh menegakkan badannya. Kes seperti Niu Niu sebenarnya sesuatu yang biasa dalam industri peragaan di China.

Ada ramai ibu pendesak seperti ini, malah ada yang halang anak dapat tidur dengan cukup supaya badan anak tidak membesar terlalu tinggi. Mereka tidak boleh jadi model kanak-kanak jika tinggi melebihi 160 cm.

Mengikut log chat, Niu Niu memperagakan 400 item pakaian dalam masa empat hari. Model kanak-kanak sepertinya boleh menjana pendapatan sehingga RMB $5,000 – $10,000 (RM 3,065.73 – RM 6131.45) sehari. Yang paling popular boleh membeli sebuah rumah dalam masa setahun.

Dalam satu temubual, apabila ditanya sama ada dia suka bergambar dan memakai pakaian cantik, Niu Niu berkata tidak kerana dia lebih suka berlari.

Ibu Niu Niu mendakwa kanak-kanak itu hanya bergurau, dan kesan lebam pada kakinya ialah kerana dia cuai dan terjatuh. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...