Usahawan sensasi Kieda Crepe tampil memberi respon terhadap dakwaan segelintir pihak yang mengatakan penampilannya kerap menonjolkan ‘baby bump’ ketika sedang hamil.
Isu itu tercetus selepas seorang pengguna Facebook, Nadiah Shukri, menegur dengan menyatakan bahawa baby bump merupakan sebahagian daripada aurat wanita Muslim yang wajar ditutup dan tidak seharusnya dinormalisasikan untuk tontonan umum.
Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra menyambut baik teguran tersebut dan menyifatkan pendekatan individu berkenaan sebagai ikhlas serta beradab.
“Untuk Nadiah Shukri, Kieda suka cara awak menegur. Kieda terima lapang dada. Entah takda yang terasa dihati ni even like banyak tapi langsung Kieda tak rasa segan membaca, sebab Kieda dapat rasa orang yang ikhlas menegur. Kieda minta terus doakan Kieda ya?”
Bagaimanapun, Kieda dilihat memberikan reaksi berbeza terhadap seorang lagi individu yang mendakwanya sengaja menayangkan perut hamil kepada khalayak.
Mempertahankan diri, Kieda menjelaskan perubahan fizikal wanita hamil, khususnya perut yang semakin membesar, bukan sesuatu yang mudah untuk disembunyikan.
“Untuk Myra Eira, menegur orang tiada masalah. Tapi jangan berasa diri sempurna. Saya stalk sebelum saya update ni, awak pun tak ada beza dengan saya.
“Cuma beza saya bukan jenis masuk komen orang menyakitkan hati orang. Tapi awak menegur orang sampai orang terasa dihati. Menegur umpama memalukan orang.”
Susulan isu berkenaan, Kieda turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin serta tidak putus-putus menasihatinya. Pada masa sama, dia memohon agar orang ramai terus mendoakan supaya dirinya diberi hidayah dan berubah menjadi insan yang lebih baik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
