March 13th, 2020

Sebelum ini ahli keluarga Datuk Seri Aliff Syukri berdiam diri apabila usahawan kosmetik itu menimbulkan pelbagai kontroversti tetapi semalam ibunya, Bonda Rozita Ibrahim telah memuat naik video menegur anaknya itu secara terbuka.

aliff syukri

Rozita berkata, dia malu dituduh tidak pandai menjaga anak sedangkan sudah beberapa kali menasihati Aliff untuk berubah dan menjaga maruah keluarga.

Memberikan responnya,  Aliff mengakui terkilan dan terasa hati dengan teguran tersebut. Dia agak malu dan mengatakan ibunya itu tidak wajar berbuat sedemikian apatah lagi dibuat untuk tatapan umum.

 

 

Diakui saya terkejut, sedih dan sedikit tertekan. Teguran bonda itu membuatkan semakin ramai yang salah tafsir. Malah, orang terus buat provokasi.

Saya merajuk dengan dia. Sepatutnya dia kena berikan kata-kata semangat, bukan kecam. Walaupun saya anak dia, tapi sebagai manusia biasa yang ada hati ada perasaan, sudah tentu saya terasa

ibu aliff syukriTerdahulu, Rozita menegur tindakan Aliff memuat naik klip video lagu terbarunya yang memaparkan dia menangis air mata darah. Malah, Rozita turut menasihati Aliff agar tidak terlalu gilakan publisiti dan harus sedar diri bahawa dia memang tiada bakat  menyanyi.

Sumber Berita : Harian Metro


10 responses to “Ditegur Suara Tidak Sedap & Gilakan Publisiti, Aliff Syukri Akui Terasa Hati Dengan Ibu”

  1. FAH says:

    Sedih nyaaa Aliff Syukri ni. Bertaubat lah. Bersyukur lah. Semoga cepat sedar diri. Kesian sedih mak tu..

  2. haih says:

    dah2 la alif.. dalam video pun mak dah ckp.. mcm2 cara dibuat utk tegur kamu.. kamu juga yg tak sedar2 lagi diri.. bila dah jadi kebiasaan.. apa yg kamu katakan sekarang ini pun rasanya tak jujur.. hanya utk meraih populariti sekali lagi.. pk diri sendiri terasa dengan mak.. yang mak risau tentang perlakuan kamu.. dengan kamu tak jaga nama baik mak kamu.. tu mcmana cerita pulak? ko ne omputeh kata nonsense! kalau tk faham, bahasa melayunya mengarut! bonda rozita.. doa seorang ibu takde hijab.. teruskan berdoa bonda.. kami tak layak nk tegur anak bonda.. bg anak bonda kami ne bukan sesiapa..

  3. Anonymous says:

    Kenapalah dia ni bangap sangat

  4. Fatin says:

    Ala taw pun malu bila kena up dlm vdeo.. Dy up org kat vdeo xpkir pula perasaan org malu ke x..

  5. jejai says:

    Ya allah bahagianye hidup kamu aliff syukri sebab masih ada ibu yang menegur apa yang baik dan apa yang tidak tentang kamu…..
    Bersyukurlah masih ada ibu…..hargailah
    Ada org yg takde ibu, selalu rasa sedih teringat2 dekat arwah ibu dia, jika dunia di putar balik pasti dia nak ibu dia hidup balik

Loading...