January 18th, 2018

Pelakon Adam Corrie Lee tidak perlu diperkenalkan lagi. Setiap orang pasti ingat dengan lakonan beliau sebagai Dragon dalam filem KL Gangster. Sudah beberapa tahun memeluk agama Islam, Adam dilihat begitu aktif dalam kerja amal dan mendalami ilmu agama.

Semalam, Adam ada berkongsi cerita dimana ibadah beliau pernah dipersoal oleh beberapa pihak yang mendakwa solatnya tidak sah kerana mempunyai tattoo. Mereka menyuruh beliau untuk membuang tattoo tersebut sebelum beribadah.

Mengakui isu tersebut sering berlaku kepada mualaf, Adam bagaimanapun tidak cepat melatah dan memberitahu bukan semua orang berkemampuan untuk membuang tattoo kerana kos dan kesakitan yang harus ditanggung.

Betul apa yang Adam katakan itu, jika seseorang itu mendapat hidayah ataupun sudah bertaubat, InshaAllah ibadah mereka akan diterima Allah SWT. Siapalah kita untuk menentukan? Apa pula pendapat korang tentang isu ini?


23 responses to “Ditegur Solat Tidak Sah Kerana Ada Tattoo, Ini Respon Adam Corrie Lee”

  1. man73 says:

    nak tanya sikit org yg komen tu sembahyang cukup ke 5 waktu

  2. Anonymous says:

    Yg bertatu g solat tak pelik pun… yg tak bertatu tp tak solat2 haa yg tu pelik

  3. Damia says:

    I feel u Adam Corrie. Biasa yg tegur tak cukup ilmu tu Melayu Islam tradisi/mewarisi tapi tak nk belajar. Main ikut2 je kkadang dalam ibadah pon byk ikut adat bukan ibadat. Yg Islam bertattoo tu yang nak kena rujuk ahli agama. Sama gak klau gi masjid2 atau surau2. Sebokkan org yg solat ddk kat kerusi tu tak sah & banding2kan dengan sakit org lain…siap buat vc lagi. Korang tau ke pe masalah/sakit dia? Mmmg pakcik/makcik umo 60thn tu sakit lutut tp bole solat spt biasa atau ddk separuh jln. Yg dok pertikaikan org muda solat atas kerusi. Itu yg akak alami..smpai naik jenuh nk explain kat org. Ada je sikap mmbanding2kan. Padahal dia tak tau yg kat tulang belakang & leher ada besi so mmg bdn x bole bongkok, sujud atau ddk atas lantai, lutut sakit & tak bole ddk antara 2 sujud/lipat lutut (atas atrahan doktor). Drp sakit ati & org yg dok tanya & pandang sinis tu bdosa…akk cuba elakkan solat kat surau/masjid. Niat..Allah tau tahap kemampuan utk aku bersolat, Lillahita’ala…moga Allah swt terima solat ku,

    • Beautifulmind says:

      Ignorekn bnda2 negatives ni.. yg ptg niat kt.. Allah lbh tahu..
      Utk prmpn, sbnarnya lbh elok solat kat rmh je.. Yg d galakkn solat jemaah d masjd, juz utk llki.. sume utk elak fitnah..
      Bab prmpn even kalo dia klr ke masjid pn, fitnah tu ttp ikt dia dr blkng..

  4. Anonymous says:

    org beragama, berilmu,dan beramal bila menjawab ringkas dan tak rase sakit ati baca…relak je..

  5. cikkundang says:

    tu berguru dengan gugel & utiub la tu..

    cara anda memang win bro…tahniah

Loading...