Ditegur Soal Bayar Hutang, Jawapan Kim Seri Buat Netizen Panas Hati – “Nabi Akan Jadi Penjamin Sis..”

Kehidupan

Ditegur Soal Bayar Hutang, Jawapan Kim Seri Buat Netizen Panas Hati – “Nabi Akan Jadi Penjamin Sis..”

Sedia maklum, nama pempengaruh yang menetap di Korea Selatan iaitu Kim Seri Aina sering menjadi bualan ramai susulan hutangnya hingga ke hari ini masih belum dibayar kepada mangsa yang terlibat.

Bukan saja belum membayar hutang, malah tindakannya membuat pembedahan di wajah juga meraih perhatian ramai.

Advertisement

“Nabi akan jadi penjamin sis..”

Terbaru, melalui platform Threads, seorang individu tampil memuat naik satu hantaran memaparkan tangkap layar mesej peribadi bersama Kim Seri.

Dalam tangkap layar itu, individu terbabit meingatkan Kim Seri untuk membayar hutang yang masih tertunggak kepada mangsa kerana boleh jadi penyebab tidak masuk ke syurga jika tidak dihalalkan.

kim seri

Enggan mendiamkan diri, Kim Seri membalas mesej tersebut dengan menegaskan jika ada niat serta usaha untuk membayar, Nabi pasti akan menjamin serta memfitnah juga merupakan dosa yang besar.

“Bayar hutang untuk orang mati, tapi Kim Seri cuma liat nak bayar hutang..”

Selepas itu, pempengaruh berkenaan memberi satu link video memaparkan ceramah Ustaz Azhar Idrus, yang menceritakan tentang Nabi menjadi penjamin sebelum menyekat akaun individu berkenaan.

Tapi dia tak dengar betul ceramah ni UAI kata ‘Sesiapa yang berniat nak bayar hutang orang tapi didahului oleh mati’. Tapi Kim Seri ni tak mati pun, cuma liat nak bayar hutang je.

kim seri

Sekadar info, Kim Seri yang dilaporkan masih lagi tidak melangsaikan hutang-hutang pelanggan kini berada di Korea dan telah bernikah dengan jejaka tempatan di sana.

2025-04-24 15:22:00

'Ex Husband’ Kim Seri Ditahan Polis, Bekas Kakak Ipar Harap Serah Diri & Bertanggungjawab - “Dia Kena Hadap Benda Yang Kamu Buat”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...