Melalui platform TikTok, usahawan dan personaliti media sosial iaitu Madammu membidas semula kecaman netizen yang mengkritik cara dirinya memakai tudung.
Difahamkan, netizen mengkritik Madammu atau nama sebenarnya, Eriyca Baiduri Abdul Rashid kerana memakai tudung tetapi kelihatan subang di telinga.
Tampil pertahankan diri, usahawan itu menegaskan tidak salah untuk wanita bertudung mahu berfesyen.
Ada orang kata saya mangsa fesyen sebab pakai tudung dengan subang. Kadang-kadang saya kesian dengan orang yang suka menilai. Tak semestinya kalau pakai tudung, tak boleh berfesyen.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mendoakan agar Madammu lebih mendalami ilmu agama dan mendoakan agar usahawan itu kekal istiqamah menutup aurat dengan sempurna.