Sebuah hantaran di Instagram kembali mencetuskan perbalahan netizen apabila kumpulan muzik terkenal Dolla didakwa tidak berubah meskipun sudah beberapa kali ditegur ustazah mengenai cara pemakaiannya yang terlalu seksi.
Menerusi komen yang tular, seorang pengguna menulis:
Lagi ditegur lagi dibuat eh… aku lagi respect orang bila ditegur dia terima dan ubah. Tak salah pun nak seksi, tapi yang bermaruah… itu menurutku.
Seorang lagi menegaskan bahawa teguran ustazah itu sepatutnya diterima dengan hati terbuka:
Ustazah tegur patut ambik pendekatan untuk berubah. Ini tak. Kang cakap lebih-lebih kata kita terpaling syurga. Biarlah… Allah ada. Tugas ustazah dah selesai as a Muslim. Sekarang tugas ‘mereka’ pula.
Lebih panas, wujud komen yang melabelkan artis berkenaan sebagai artis murahan.
Isu pemakaian selebriti ini bukan pertama kali mengundang perdebatan. Ada yang berpendapat teguran patut diberikan secara berhemah, manakala sebahagian pula menegaskan bahawa teguran agama adalah tanggungjawab sesama Muslim dan wajar diterima tanpa menuduh orang lain “terpaling baik”.
Namun, sehingga kini selebriti tersebut belum memberi sebarang respon terhadap kritikan terbaru yang tular ini.
Netizen pula terus berbelah bahagi ada yang meminta agar semua pihak menjaga adab menegur, dan ada juga yang menggesa artis berkenaan menjaga sensitiviti serta maruah diri terutama sebagai figura awam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
