Ditawar Upah Lumayan, Individu Hilang Kerja Jadi Ejen Dadah

Kehidupan

Ditawar Upah Lumayan, Individu Hilang Kerja Jadi Ejen Dadah

Taktik terbaru sindiket pengedaran dadah semakin rancak meluaskan perniagaan haram mereka apabila menjadikan individu yang kehilangan kerja dan terkesan akibat pandemik sebagai ejen pengedaran dadah.

Ia mula dikesan sejak pandemik melanda negara di mana sindiket ini menawarkan upah yang lumayan sebanyak RM2,000 bagi setiap satu kilogram dadah yang diedar.

Advertisement

Terbaru, polis Melaka berjaya membongkar kegiatan licik sindiket Geng Hafiz Padang Temu yang menggunakan ejen pengedar dadah termasuk dalam kalangan mereka yang kehilangan kerja. Polis menahan lima lelaki dalam serbuan berasingan pada Sabtu dan Ahad.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid, kesemua suspek berusia 29 hingga 44 tahun diberkas di sebuah rumah teres di Kota Wa­risan, Sepang, Selangor dan di unit kondominium di Desa Park City, Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan kita, mereka yang direkrut ini termasuklah individu yang sebelum ini telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19”.

“Pada Sabtu lalu kira-kira pukul 4 petang, polis telah men­yerbu sebuah rumah di Kota Warisan dan menahan empat lelaki termasuk dalang sindiket berusia 29 tahun. Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam sindiket mengedar dan merekrut pengedar dadah di Melaka”.

Jelasnya, sindiket haram ini telah aktif sejak setahun lalu dan kegiatan itu terbongkar susulan penahanan seorang ejen dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Ayer Keroh pada Rabu lalu.

Menurut Zulkiflee, Geng Hafiz Padang Temu ini berasal dari Melaka dan turut aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang selain membekalkan bahan terlarang itu kepada ejen-ejen yang dilantik.

Salah sebuah kereta yang disita polis dari Geng Hafiz Padang Temu.

Polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios, Volkswagen Golf, wang tunai RM4,890, pelbagai jenis barang kemas dengan nilai keseluruhan RM302,630 yang dipercayai ada kaitan dengan kegiatan tersebut.

“Pada pukul 7.21 malam kelmarin, kita telah pergi ke rumah ibu mertua Hafiz yang turut didia­mi isterinya di Tanjung Kling dan menyita sebuah kereta, motosikal serta barang kemas bernilai RM38,308”.

Saringan ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif methamphetamine dan mempunyai 10 hingga 14 rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...