Ditawar Berlakon Di Hollywood Bukan Kerana Seksi Tapi Kerana Berwajah Eksotik, Nadia Brian Tampil Beri Penjelasan

Hiburan

Ditawar Berlakon Di Hollywood Bukan Kerana Seksi Tapi Kerana Berwajah Eksotik, Nadia Brian Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini kecoh seketika apabila pelakon Nadia Brian telah menolak tawaran untuk beraksi di pentas Hollywood kerana dikehendaki melakukan aksi panas seperti adegan seks dan sebagainya.

Nadia BrianSumber : Instagram Nadia Brian  

Meskipun telah lama menyimpan hasrat untuk berlakon di luar negara lebih-lebih lagi Hollywood, Nadia menjelaskan bahawa dia tidak sekali-kali akan menggadaikan maruahnya dan masih berpegang teguh pada ajaran agama Islam yang mengkehendaki setiap umatnya agar sentiasa menjaga batas.

Advertisement

Ujarnya lagi, tawaran tersebut memerlukan dia untuk membawa watak kekasih kepada seorang pembunuh upahan dan turut diberitahu bahawa akan ada babak bogel dan adegan ranjang dengan hero berkenaan. Menganggap naskah terbitan luar negara tidak mengambil kisah mengenai perkara-perkara sensitif seperti ini, tapi bukan di negara Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

“Saya diberitahu ada babak bogel dan adegan ranjang dengan hero berkenaan. Bagi saya, drama Hollywood memang normal dengan babak panas, tetapi bukan di Malaysia. Saya tak sanggup menggadaikan maruah diri, keluarga,agama dan negara. Saya orang Islam dan Melayu. Saya masih jaga semua batasan itu. Saya anggap bukan rezeki saya.”

Dalam pada itu, Nadia turut menyangkal dakwaan sesetengah orang yang menyatakan bahawa dia telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem tersebut kerana gaya dan penampilannya yang seksi.

View this post on Instagram

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

“Saya tak rasa sebab seksi saya ditawarkan watak berkenaan. Saya diberitahu, syarikat produksi Hollywood itu mencari pelakon berwajah eksotik dan boleh berlakon. “

Baginya, tuduhan seperti itu dianggap sebagai terlalu klise dan membosankan. Hanya ingin menjadi diri sendiri, Nadia juga mengatakan dia hanyalah insan biasa dan akan sentiasa berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik dalam kehidupan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

6 Comments

  1. Senduk tembaga

    February 7, 2021 at 10:07 pm

    Wajah exotic? Hmm…kucing aku lagi exotic!

  2. Nani

    February 6, 2021 at 11:53 am

    For those yg offered by Hollywood, jgn manggaa sangat. Zhang zi yi tolak beratus skrip sebabnya semua cerita menjatuhkan maruah dia, negaranya, bangsanya. Yg dia dah berlakon pun cuba tgk, jadi pendatang haram china yg diseludup ke USA utk jadi pelacur. Lepas tu baru dia start tapis. Kalau Hollywood ambik mesti ada agenda politik, tersembunyi. Yg mana kau jaga, yg tu dia suruh buat contoh sex, kissing, against religion,..so jgn manggaa saaangat! Kami netizen pun tak teruja. Lain la kalau dpt cipta vaksin 100% berkesan.

  3. Anonymous

    February 6, 2021 at 9:50 am

    Watak pelacor …syok sendiri. .porn industry yg offer dia ingat Hollywood…sampah

  4. Anonymous

    February 6, 2021 at 1:05 am

    Company bangang mana la yang offer jalang ni berlakon…..

  5. Pkpkpkpk

    February 5, 2021 at 11:53 pm

    Clout chaser no.1 malaysia.

Loading...