Sedia maklum, kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada sehingga ke hari ini masih belum ada penamatnya.
Terbaru, di Instagram Story akaun Shuhada, dia ada memuat naik satu hantaran yang menarik perhatian ramai.
Dapat dilihat dalam hantaran tersebut, Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu berkongsikan perbualan bersama ayahnya yang menanyakan status anak-anak yang belum lagi mendirikan rumah tangga.
Pertanyaan yang ditanyakan oleh bapanya dijawab oleh salah seorang adik Shu sebelum diri sendiri menyahut untuk menjawab soalan tersebut.
Saya sambung dari belakang ‘tiga, tiga!’ Abah cakap ‘oh, sekarang dah jadi tiga semula’..
Namun begitu, perbualan anak beranak tersebut difahamkan hanyalah sekadar gurauan sahaja.
Sekadar info, perkahwinan yang dibina oleh pasangan tersebut mula retak apabila munculnya dakwaan mengatakan Hafidz mempunyai wanita lain.
Susulan itu, Shuhada telah memfailkan penceraian terhadap aktor berkenaan pada 27 Februari yang lalu.