March 27th, 2019

Rasanya semua kenal dengan personaliti media sosial, Farah Lee seorang ibu tunggal yang cukup tabah dan bersemangat menjalani kehidupan bersama anak perempuannya, Maream Esabel.

Sedang melanjutkan pelajaran di University of Leeds, United Kingdom dalam bidang Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak, Farah sering sekali berkongsi coretan yang cukup memberikan inspirasi buat ramai orang di luar sana.

Kali ini perkongsian Farah mengenai persoalan kenapa beliau tidak mencari pengganti selepas bercerai dengan Ally Iskadar mencuri tumpuan ramai.

Dalam tulisannya itu, Farah berkata beliau sehingga kini masih lagi trauma dan mencari pengganti bukan bermakna ia mampu menyembuhkan luka yang masih berbekas dalam hatinya.

Pada masa yang sama, beliau sempat titipkan pesan untuk mereka yang bergelar janda tidak malu dengan status mereka.

Perkongsian Farah itu sekali lagi memberikan inspirasi kepada wanita yang turut menghadapi situasi yang sama. Mereka juga mendoakan agar satu hari Farah juga akan bertemu dengan kebahagiaannya.

Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 dan kemudiannya bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.


32 responses to “Ditanya Mengenai Cinta Baru, Ini Perkongsian Farah Lee Yang Cukup Memberikan Inspirasi”

  1. Hello subway says:

    Farah, dah kenal since zaman intec. Mmg attention seeker tahap ter tinggi. Teringin sgt nak famous. Boleh je, x salah. Tapi bab nak cari laki baru ke, tanak cari laki ke, ramai lelaki nak Kat kau ke, ko nak reject lelaki ke, pendek kata semua pasal LELAKI is your personal la babe. Takyah la rewind byk kali Kat Kitorg. Dari dulu mende yg sama je ko cakap, tanak kawen tp post pasal kawen and bebaru post gambar ko and lelaki Mat salleh mal Daddy baru konon. Pastuh Kalau komen Kat ig ko, ko pergi perli balik netizen dengan ceramah ko. Apakes, ko yg menulis! Salah kan tangan sendiri! Ada org paksa ke? #gilerpublicity #bukanartisponnn

  2. tanya jerrr.. says:

    dia ni sape dik non. retis baru ke. ke retis yang dh kene rejek. lollll

  3. poyo says:

    korang bawang yang cakap dea terdesak tu tak paham bahasa inggeris ke?kan dea cakap dea saje suke2 cakap begurau main2 nak carik daddy baru sebab nak hiburkan hati sendiri.itu cara dea.semua orang ada cara sendiri.kenapa dea tak kawin lagi?kan dea cakap trauma..paham tak trauma tu cemane..ingat trauma tu alasan?

  4. vavi la says:

    ‘masih tk ble move on ke kak’ type of msg in 3….2….1

  5. Lalaland says:

    Dia suka contradict diri sendiri sebenarnya. Bajet Alim Tapi lelaki message dia layan and ber Kawan je mcm biasa siap post2 gambar Kat ig. Kata tanak kawen baru, ok paham and respect tp dah2 la sebut2 selalu pasal LELAKI sajor Kat ig. Yes you cantik tp sudah2 lah membongkak ramai lelaki nak Kat you and ramai lelaki stalk you. And bangga ke menolak semua lelaki tuh, share Kat ig? Lelaki yg berminat kat you tuh semua ada harapan and perasaan and diorg pun Mesti terasa bila you cakap you tanak kawen ngan diorg. And ramai perempuan di luar sana yg tak kawen lagi and followers you yg takde sapa dtg meminang and you bangga sgt ramai minat you sampai boleh menolak2. Kitorg suka je tgk strong woman and anak you survive without a daddy but Jgn la cakap je, do what you say. Kalau dah tanak cakap Sal lelaki dah Jgn cakap lah. Bukannya wajib story netizen everything.

Loading...