March 27th, 2019

Rasanya semua kenal dengan personaliti media sosial, Farah Lee seorang ibu tunggal yang cukup tabah dan bersemangat menjalani kehidupan bersama anak perempuannya, Maream Esabel.

Sedang melanjutkan pelajaran di University of Leeds, United Kingdom dalam bidang Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak, Farah sering sekali berkongsi coretan yang cukup memberikan inspirasi buat ramai orang di luar sana.

Kali ini perkongsian Farah mengenai persoalan kenapa beliau tidak mencari pengganti selepas bercerai dengan Ally Iskadar mencuri tumpuan ramai.

Dalam tulisannya itu, Farah berkata beliau sehingga kini masih lagi trauma dan mencari pengganti bukan bermakna ia mampu menyembuhkan luka yang masih berbekas dalam hatinya.

Pada masa yang sama, beliau sempat titipkan pesan untuk mereka yang bergelar janda tidak malu dengan status mereka.

Perkongsian Farah itu sekali lagi memberikan inspirasi kepada wanita yang turut menghadapi situasi yang sama. Mereka juga mendoakan agar satu hari Farah juga akan bertemu dengan kebahagiaannya.

Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 dan kemudiannya bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.


32 responses to “Ditanya Mengenai Cinta Baru, Ini Perkongsian Farah Lee Yang Cukup Memberikan Inspirasi”

  1. Flamingo says:

    Ala dia bkn sangap jantan yg aku kenal peribadi dia, dia dok gitu cuma nk acah2 hibukan hati je pun, akhlak dia mmg puji jiwa kental n muda dh jadi janda mmg kuatlh dia ni. Moga maju Jaya n kahwin dgn org yg beriman tu je nk DOA.

    • Anonymous says:

      semua org tahu dia kuat dan mmg baik, cumanya, nak hiburkan hati pun kena bepada2. tak perlu nak begitu acah2 hiburkan hati sgt. banyak lagi cara lain nak hiburkan hati daripada menayang tunjuk gatal sangat nak cari daddy baru… kan boleh medatangkan mcm2 fitnah bila dia tunjuk sgt nak cari daddy baru la, amik gambar dgn laki tanya lak orang sepadan ke tak…

  2. Ddddd says:

    Bella should follow her example.

  3. Jiwa sana sini says:

    Saya mencari bakal isteri yang tak bercerita soal perasaan, hati, jiwa, raga dan segala isu rintihan di ruang media sosial sebab ruang media sosial adalah pembunuh jiwa2 yg berjiwa

  4. Anonymous says:

    Nak mention jugak ramai yg berkenan walau dh berstatus janda. So kahwin lah crikan daddy baru untuk anak u tu. Macam xpernah kahwin. Aku 31 belum kahwin tp xde setiap detik tika dok berhashtag nk berlaki eh. Doa lah temukan laki yg memenuhi kriteria ko tu. Jgn sbb rmi try dh eksyen. Konon msih hot lg. Boleh se geng dgn si fasha. BAJET!

    • Anonymous says:

      kann..kalau ramai berkenan kenapa tak kawen saja..move on la

    • Anonymous says:

      tak bace ke kaknon oi.. tanya kenapa kenap kenapa.. dia cakap trauma, tahu? Trauma .. duhhh
      dia dah move on kot..dia ada bisness, sambung study uk sana.. ko nak dia move on camno lagi.. move on tak semestinya kena kawin baru

    • Anonymous says:

      Betul. Kalau tak kena dekat diri sendiri, tak akan faham. Saya dh setahun bercerai, tak hilang lagi trauma tu. Bukan nya tak move on.

  5. Get real says:

    Eh pls dont be stupid la. Move on. Just becoz of one bad experience terus tawar. U want to be like someone i know who was divorced at a young age then, now already 60 yrs old baru teringin nak kawin balik, dah kerepot baru sibuk. One bad jantan doesnt mean all are bad. Dah alang kat uk tu cari la jantan lain. Pemain leeds utd pun ramai bujang lagi…wakakakaka

Loading...