Ditanya Kenapa Tetamu Pakai Busana Seragam Putih, Ini Jawapan Neelofa,- “Semua Orang Dapat Merasa…”

Hiburan

Ditanya Kenapa Tetamu Pakai Busana Seragam Putih, Ini Jawapan Neelofa,- “Semua Orang Dapat Merasa…”

Belum habis nampaknya topik mengenai perkahwinan selebriti terkenal, Neelofa bersama PU Riz yang dianjurkan meriah meskipun hanya dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Advertisement

Namun, yang menarik perhatian adalah busana yang dipakai setiap tetamu diwajibkan berwarna putih suci di mana ianya dianggap sangat unik dan lain daripada yang lain.

Bukan sahaja tetamu diwajibkan memakai warna itu, malah setiap kru dan media yang hadir turut diminta sama dan sedondon.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Ketika ditanyakan mengapa kesemua tetamu,kru serta rakan media dikehendaki untuk mengenakan baju berwarna putih, ini penjelasan Neelofa seperti yang didedahkan Pengarah Urusan ANAS Cosmetics, Anas Zahrin di laman Instagramnya.

Advertisement

Menurut Anas, dia terpaksa menghubungi Neelofa untuk mengesahkan mengenai kod pakaian tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by ANAS® (@anaszahrin)

“Lofa (Neelofa), Anas pakai baju putih tak macam Anas yang pengantin ke?” tanyanya menerusi satu panggilan telefon.

“Memang la..semua orang akan rasa macam pengantin hari ini..It’s okay..” jawab Neelofa ringkas.

Difahamkan pengasas jenama tudung Naelofar itu inginkan kesemua tetamu berasa seperti seorang pengantin pada hari bahagianya bersama Haris.

View this post on Instagram

A post shared by ANAS® (@anaszahrin)

Anas dalam kesempatan itu turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini berbahagia sehingga ke syurga abadi.

Terdahulu, PU Riz dan Neelofa telah selamat diijabkabulkan pada hari Sabtu yang lalu bertempat di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    March 30, 2021 at 12:11 pm

    bahagia pulak dengar suara lofa. siap niat bg semua org merasa mcm pengantin. aduhaii. org yg penghijrahannye mabrur mmg mcm magnet ek. tarik org utk suka die.

Loading...