Ditanya Kenapa ‘Family’ Sendiri Tak Lantang Bersuara Seperti Mentua, Puteri Sarah Jawab – “Takkanlah Doktor Nak…”

Hiburan

Ditanya Kenapa ‘Family’ Sendiri Tak Lantang Bersuara Seperti Mentua, Puteri Sarah Jawab – “Takkanlah Doktor Nak…”

Puteri Sarah Liyana mendapat sokongan daripada kedua ibu bapa mentuanya malah sebelum ini ibu Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail turut lantang bersuara perihal isu rumah tangga anaknya itu.

Pelbagai kenyataan dikeluarkan olehnya sehingga ramai yang sedikit sebanyak berasa lega apabila dia berpihak dan sentiasa di sisi menantunya.

Advertisement

Datin Patimah Ismail
1 year ago

"Ayah Mereka Dirampas Perempuan Kejam, Laknatlah Hidup Nya!" - Ibu Syamsul Yusof

Dalam masa yang sama, hal tersebut turut mengundang persoalan dan ada yang tertanya tentang keberadaan ahli keluarga Puteri Sarah yang tidak lantang seperti mentuanya.

Ketika ditanya, pelakon berusia 37 itu menegaskan bahawa keluarga terutamanya ibu bapa kandung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang kemelut rumah tangganya kerana faktor kerjaya.

Menurutnya, keluarganya bekerja dalam bidang profesional dan dia tetap mendapat sokongan daripada mereka meskipun tidak ‘berbunyi’ sepertimana pihak mentua.

Puteri Sarah turut memperkenalkan dua adik yang menemaninya ke mahkamah semalam sewaktu berjumpa dengan pihak media untuk menjelaskan hal itu.

Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara. Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material…

Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana.”

Tambah ibu kepada dua anak itu lagi, dia gembira kerana ahli keluarga hadir ke mahkamah untuk memberikan sokongan kepadanya.

Dalam pada itu, Datin Fatimah memohon agar tidak diganggu berhubung isu tuntutan cerai tersebut kerana enggan kenyataan daripadanya akan membuatkan dia dihina netizen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...