Baru-baru ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun tampil dengan penampilannya yang semakin langsing. Hal itu turut menjadi bualan hangat warganet mengenai penampilan beliau yang terbaharu itu.
Menerusi satu video yang dikongsi di laman Twitter @JustinTWJ dimana seorang wartawan ada menemubual beliau mengenai apa yang dilakukan untuk mendapatkan badan yang ideal.
Reporter: “you look fit, how do you do it?”
Rina Harun: “Cycling, diet and it is important that the intention is to be healthy” pic.twitter.com/U5dZUeGUWM— not typical. (@JustinTWJ) February 9, 2021
Rina memberitahu dia hanya berbasikal dan mengamalkan diet yang sihat. Tambahnya, yang penting ialah niat untuk sihat.
Mungkin dengan tindakan yang dibuat oleh ahli Parlimen Titiwangsa itu dapat membakar semangat kepada mereka yang ingin mendapatkan badan yang ideal dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Mana yang tengah berikhtiar nak dapatkan badan yang ideal jangan putus asa…