Sesiapa yang pernah berkunjung ke Melaka pasti tidak ketinggalan untuk berswafoto di sekitar bangunan Stadthuys, Bandar Hilir, Melaka. Suasana sekitar Bandar Hilir amatlah cantik dikelilingi bangunan merah yang pernah menjadi kediaman rasmi Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda suatu ketika dahulu.
Terbaru, pokok ikonik yang besar dan rendang di hadapan bangunan Stadthuys berusia lebih seabad akhirnya tumbang menyembah bumi.
Pokok yang dikenali sebagai pokok Batai Laut itu tumbang sekitar jam 6 pagi ketika hujan lebat pada Rabu lalu.
Menurut fakta, pokok Batai Laut ditanam pada tahun 1894, semasa era penjajahan British. Ia merupakan antara 300 pokok era pra-Merdeka yang ditanam di bandaraya bersejarah itu.