Menerusi satu podcast daripada OKLETSGO Singapura bersama Shuk Sahar, mereka mendedahkan bahawa tidak semua temu bual bersama selebriti itu berjalan dengan baik.
Sebelum ini, melalui podcast yang sama juga Shuk mendedahkan bahawa dia pernah dipecat oleh stesen radio swasta popular.
Shuk dan Anuar Zain
Pada awal video, Shuk ada berkongsi tentang pengalamannya dengan penyanyi lelaki popular, Anuar Zain yang menegurnya kerana membuat ‘lawak’ yang tidak sesuai.
Anuar Zain dia ada bilik sendiri. Aku masuk, Dia terus tengok aku, dia tanya. ‘Kau buat lawak apa tadi bro? Kau ingat kelakar ke benda tu?’.
Shuk kemudian mengakui tidak berniat untuk menyinggung perasaan pelantun lagu Mungkin itu dan meminta maaf sebelum beredar daripada bilik persalinan tersebut.
DSV tunjuk jari tengah?
Geng OKLETSGO kemudian turut berkongsi pengalaman mereka membuat temu bual dengan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ketika zaman PKP dulu.
Cerita mereka, ketika itu temu bual dibuat menerusi panggilan video dan podcast tersebut telah dibayar oleh pihak penaja lain yang menjual supplement.
Dan dia (DSV) pun buat supplement. Bila aku sebut ‘podcast ini dibawakan khas oleh bla bla bla’ terus muka dia makin berubah, makin berubah.
Tambahnya, ketika itu mood DSV terus berubah dan seperti tidak mahu ditemu bual kerana menjawab dengan nada yang tidak bersemangat.
Kemudian, salah seorang daripada mereka bertanya jika DSV boleh tunjukkan cincin yang dipakainya di jari dan secara perlahan-lahan dia seperti menunjukkan jari tengah kepada mereka.
Aku cakap boleh tunjuk cincin tak? Dia tunjuk ‘ni cincin saya’ dan terus dia begini (jari tengah).
@okletsgo.sg Tak semuanya interview kami dengan artis menjadi. Antaranya Anuar Zain dan DSV. Dengar podcast penuh di Spotify ➡️ OKLETSGO #okletsgosg #fypsg #viralsg #fyp #fypmalaysia #viralmalaysia #shuksahar #radio #podcast #ohbulanofficial #mstaronlineofficial #beritatiktok #anuarzain #datoserivida ♬ original sound – OKLETSGO