Aktivis Nadir Al Nuri mencuri perhatian ramai apabila dia mendedahkan propaganda tentera Israel susulan penahanan aktivis yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla semalam.
Difahamkan, kesemua sukarelawan telah dibawa ke pelabuhan Ashdod di Israel dan pasukan peguam GSF juga telah berhubung dengan mereka.
Terbaru, Nadir menerusi hantaran di Instagram ada memuat naik video propaganda bagi mencalit imej buruk terhadap peserta GSF.
Menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘try hard’ kerana sukarelawan dilabel sebagai pengganas.
Dalam video itu juga, kelihatan seperti aktivis Heliza Helmi dan adiknya Hazwan Helmi berada dalam kumpulan yang ditahan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.