Disyaki Terlibat Dalam Kesalahan Jenayah Terancang, Polis Buru Datuk Seri.. Siapa Dia Sebenarnya?

Trending

Disyaki Terlibat Dalam Kesalahan Jenayah Terancang, Polis Buru Datuk Seri.. Siapa Dia Sebenarnya?

Berita mengenai seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ menjadi topik dan bualan hangat di beberapa akhbar media. Hal ini demikian kerana individu terbabit dipercayai terlibat dalam kesalahan jenayah terancang. Ramai yang tertanya-tanya siapakah ‘Datuk Seri’ yang diperkatakan.

Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, berumur 33 tahun merupakan pengasas Winner Dynasty Group. Dulu, dia juga merupakan seorang ahli perniagaan di bawah syarikatnya.

Advertisement

Menerusi akhbar Harian Metro, kini Liow menjadi buruan polis bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 130V hingga 130ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Liow disyaki terlibat dalam akitiviti jenayah penipuan seperti sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial. Ahli perniagaan ini juga dipercayai pernah mempunyai banyak hubungan dengan orang kenamaan seperti pegawai agensi penguatkuasa.

Dua kertas siasatan berkaitan individu itu sudah dibuka di negeri ini di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Tidak berkahir di situ, Operasi Pelican 3.0 pada 20 hingga 28 Mac 2021 dilakukan bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky, beberapa individu ditahan antaranya dua adik Liow Soon Hee yang masing-masing bergelar Datuk Seri dan Datuk berusia 28 dan 30 tahun, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pihaknya merampas wang tunai dengan pelbagai mata wang berjumlah RM773,145 serta 16 kenderaan mewah bernilai RM6.67 juta dalam serbuan berkenaan.

Hasil siasatan dilakukan mendedahkan kewujudan aktiviti penipuan dalam talian menggunakan ‘akaun keldai’ dan mempunyai transaksi kewangan dengan syarikat milik Winner Dynasty Group.

Keldai akaun berkenaan dipercayai terbabit dengan aktiviti jenayah komersial seperti along, pelaburan tidak wujud dan tipu jual beli dalam talian.

Pihak task force mengembangkan lagi siasatan dan mendapati terdapat sejumlah ‘keldai akaun’ mempunyai kaitan dengan syarikat dan individu bersekutu dengan Syarikat Winner Dynasty Group.

Terdahulu, terdapat akhbar berita yang melaporkan seorang individu bergelar ‘Datuk Seri’ dipercayai bertindak menyerang tiga anggota RELA yang bertugas di Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, lapor FMT. Individu berkenaan dipercayai bertindak sedemikian disebabkan anggota RELA memintanya untuk memindahkan kereta Velfire miliknya kerana menghalang laluan orang lain.

Secara tidak langsung, hal itu membuatkan Datuk Seri terbabit marah serta mengancam anggota RELA berkenaan. Situasi tersebut cuba dijernihkan oleh anggota lain namun individu terbabit tetap memukul dan menendang mereka.

Menurut The Star, individu terbabit melalui orang tengahnya cuba merasuah ketiga-tiga anggota RELA terbabit sebanyak RM10,000 seorang sehari sebelum penangkapannya dengan harapan mereka akan menggugurkan dakwaan terhadapnya namun anggota RELA terbabit tetap dengan pendirian mereka menolak tawaran tersebut.

Berhubung dengan kes melibatkan dirinya yang dipercayai memukul anggota RELA di sebuah tokong, dia dibebaskan dengan menyelesaikan kes mengikut Seksyen Kanun Acara Jenayah dengan membayar pampasan sebanyak RM 2,000 kepada setiap mangsa dan dia menyesal serta memohon maaf atas perbuatannya, lapor Berita Harian.

Ketika pandemik Covid-19 bermula, Liow pernah menyumbangkan 11 juta topeng muka untuk pengamal media, petugas barisan hadapan dan pegawai kerajaan negeri.

Dimaklumkan setakat ini berita mengenai individu bergelar ‘Datuk Seri’ sudah ditangkap tidak benar. Hal itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berita penahanan ahli perniagaan berusia 33 tahun itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali, lapor Harian Metro.

Walau bagaimanapun, individu ini masih dikehendaki oleh pihak polis dan semua pusat pemeriksaan, jeti pelabuhan dan lapangan terbang dikehendaki berjaga-jaga bagi memastikan pergerakan keluar masuk individu yang dikehendaki.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...