Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) di Bayan Baru di sini baru-baru ini.
Sumber Harian Metro memberitahu, mangsa yang berusia 13 tahun diberi upah RM10 oleh suspek yang kemudian merogolnya di tangga sebuah flat.
“Kejadian itu dilihat pengawal keselamatan yang kemudian memberitahu bapa remaja terbabit.
“Bapa remaja itu bersama beberapa penduduk menahan suspek yang berusia 38 tahun dan menyerahkannya kepada polis,” katanya.
Menurut sumber tersebut, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.