Semakin lama semakin kerap kita dapat melihat Elly Mazlein menghiasi kaca televisyen tak kisahlah sama ada sebagai pengacara mahu pun pelakon. Personalitinya yang bersahaja nyata berjaya menghiburkan semua penonton.
Pada malam kelmarin, selebriti popular ini telah pun menyertai rancangan Meletop sebagai pengacara jemputan dan secara tak langsung bergandingan dengan Nabil yang kecoh lantas memeriahkan lagi episod tersebut.
Disebabkan wanita ini menerima sambutan yang hangat setiap kali menjadi pengacara di rancangan hiburan tersebut, ramai yang nyata tidak sabar menantikan kemuculannya lagi.
Bagi meraikan hari yang bermakna buatnya itu, Elly Mazlein telah memuat naik sekeping gambar untuk menyatakan rasa lega selepas selesai merakamkan episod tersebut selain berterima kasih kepada semua yang terlibat.
Menerusi kapsyen yang mengiringi entri tersebut, Elly Mazlein berseloroh dan mengatakan bahawa perutnya nampak ‘buncit’ kerana menikmati hidangan makanan yang pelbagai dan disediakan oleh katering di tempat rakaman.
Walaubagaimanapun, rata-rata netizen dengan pandangan mata yang tajam menebak dan mensyaki bahawa pelakon wanita tersebut sedang mengandung kerana ternampak seakan ada ‘baby bump’ di perutnya.
Walaupun hanyalah tekaan secara rawak, mesti seronok kalau ianya benar kan?