Disyaki Buang Bayi, Pasangan Kekasih Diberkas Polis

Kehidupan

Disyaki Buang Bayi, Pasangan Kekasih Diberkas Polis

Polis menahan pasangan kekasih bagi membantu siasatan berkaitan penemuan bayi malang di hentian bas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sendayan, Seremban.

Selepas tujuh jam bayi itu ditemukan, pasangan tersebut ditahan pada 7.30 malam di Garden Avenue Seremban 2.

Advertisement

Menurut ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, pasangan berusia 26 dan 23 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini untuk permohonan reman.

Mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Gempar semalam seorang pekerja pembersihan di SMK Sri Sendayan menemui bayi terbabit pada 11.58 pagi. Bayi itu dipercayai dua hari dibalut dengan tuala dan diletakkan di dalam kotak sebelum ditinggalkan di kawasan itu.

Bayi malang itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk pemeriksaan lanjut.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...