Disyaki Berkhalwat, Seorang Lelaki Dicekup Menyorok Di Bawah Katil Rumah Janda

Kehidupan

Disyaki Berkhalwat, Seorang Lelaki Dicekup Menyorok Di Bawah Katil Rumah Janda

Tindakan seorang lelaki menyorok di bawah katil membawa padah apabila dia dicekup oleh pegawai masjid dan anggota polis yang sedang melakukan pemeriksaan di kawasan rumah kampung di Kota Sarang Semut, Kedah.

Lelaki yang berusia 32 tahun itu bertindak sedemikian kerana bimbang ditangkap khalwat menumpang di rumah seorang janda yang berusia 33 tahun.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pada serbuan jam 7.30 pagi tadi, lelaki yang bekerja di kedai besi itu memberi alasan menumpang di rumah wanita berkenaan.

Menurut siasatan penguatkuasa, rumah yang dihuni janda berkenaan hanya menempatkan tiga orang anaknya dan bapa wanita tersebut.

“Bapa wanita itu dipercayai sakit dan ketika inilah lelaki itu mengambil kesempatan menumpang di rumah wanita berkenaan.

“Ketika pemeriksaan, lelaki itu menyorok di bawah katil dalam bilik kedua rumah berkenaan untuk mengelak daripada ditahan,” katanya pada kenyataan.

Akibat gagal membuktikan mereka merupakan sepasang suami isteri ataupun mahram yang sah, pasangan tersebut ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis berhampiran untuk laporan tangkapan dibuat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat”

Jika disabitkan kesalahan, pasangan tersebut boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...