Disuruh Ibu Bersihkan Milo Tumpah Dalam Kereta, Cara Anak Ini Sungguh Kreatif!

Trending

Disuruh Ibu Bersihkan Milo Tumpah Dalam Kereta, Cara Anak Ini Sungguh Kreatif!

Asalnya, dia hanya disuruh ibu untuk membersihkan air milo yang tertumpah dalam kereta. Bagaimanapun, apa yang dibuat oleh kanak-kanak ini memang mengejutkan.

Advertisement

Emmi Muhammad Shah menceritakan, bahagian dalaman keretanya dibasuh oleh anak perempuannya, Nur Izzah Nayli dengan menggunakan air yang disalurkan melalui getah paip dan membanjiri keretanya. Dia menulis:

Asalnya hanya suruh Nur Izzah Nayli bersihkan air Milo tumpah, tapi cara dia dapat idea nak bersihkan tu memang menyedihkan ibunya yang tengah leka layan filem tamil BILLA TV2. Tak apa, kita doakan moga Nur Izzah jadi tokey carwash bila besar nanti.

(gambar-gambar ini abangnya tangkap curi-curi sambil gelak-gelak).

 

Sebagai ganjaran kerana membasuh kereta, Nurul Izzah telah meminta dibelanja Maggi goreng.

KES SELESAI. KES DI TUTUP

NUR IZZAH NAYLI minta belanja maggi goreng dan Milo ais sebab tolong ibu basuh kereta. Layankan je lah bawa Izzah pergi restoran, sambil nak berbual  dengannya dari ke hati ke hati.

Dimulakan dengan soalan “macam mana kita nak keringkan air dalam kereta ni, ya Izzah?”

Izzah jawab “takkan nak sidai kot, senang je, buka la pintu kereta, buka la cermin kereta, buka la bonet, keringla.”

Ibu hanya mampu jawab, OOOOOOOOO sepuluh harkat.

Hari ni Isnin 1hb Oktober dengan tak ada rasa bersalah nya bila lalu depan kereta yang telah SELAMAT di basuh semalam dah pun pergi sekolah PRA SK Seri Makmur Sungai Besar.

Kesimpulan dan pengajaran untuk ibu ialah *paip getah yang telah digunakan sila simpan dalam almari*.

Bukan calang-calang ibu bapa boleh santai sebegini walaupun anak telah menggunakan kreativiti maksima untuk membersihkan kereta. Siapa tahu suatu hari nanti Nurul Izzah memang benar-benar jadi  tauke carwash? Tahniah, adik! – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...