Disuruh Bawa Watak Penggoda, Priyanka Chopra Berang Pengarah Nak Tengok Seluar Dalam Yang Dipakai

Hiburan

Disuruh Bawa Watak Penggoda, Priyanka Chopra Berang Pengarah Nak Tengok Seluar Dalam Yang Dipakai

Pelakon dan juga isteri kepada penyanyi Nick Jonas, Priyanka Chopra mendedahkan detik dia berhadapan dengan insiden tidak menyenangkan ketika menjayakan satu filem.

Dia yang kini menetap di Hollywood berkata pengalamannya bekerjasama dengan pengarah tertentu kadang-kadang membuatkan dia berasa serik dan berang.

Advertisement

Kata Priyanka, seorang pengarah Bollywood telah memintanya untuk membuat satu adegan yang tidak munasabah iaitu melihat seluar dalamnya dalam satu adegan filem.

Saya berperanan sebagai seorang yang melakukan undercover, jadi ada satu babak saya perlu menggoda watak lelaki.

Tetapi dalam adegan tersebut saya perlu menggoda lelaki itu dan perlu menanggalkan sehelai pakaian satu persatu.

Oleh sebab itu, saya mahu pakai pakaian berlapis namun pengarah itu berkata yang dia mahu melihat seluar dalam yang saya pakai, kalau tak kenapa orang mahu datang dan menonton filem itu.

Berikutan itu, Priyanka yang juga pemenang Miss World 2000 itu bertindak menarik diri daripada penghasilan filem berkenaan dan memulangkan kembali wang bayaran yang sudah diterima.

Ujarnya, dia sudah tidak boleh berhadapan dengan pengarah itu setiap hari.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Noor Nabila Jebat Jayden cium
1 year ago

"Soal Hukum Tanya Je Suami Neelofa" - Cium Mulut Jebat Dalam Foto Raya, Noor Nabila Ditegur Cara Didik Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Zoe Report

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...