Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Disukai Ramai, Fazura Kongsi Fatima Mudah Dijaga

fazura dan fatima

Pada 2 Oktober 2020 yang lalu, setelah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular Fattah dan Fazura dikurniakan cahaya mata puteri yang dinamakan Nur Fatima Aisya.

fazura dan keluargaSumber : Fazura dan keluarga  

Mesra dipanggil Fatima, bayi yang berusia enam bulan itu telah berjaya mencuit hati orang ramai dengan senyuman manisnya dan kecomelannya.

Advertisement

Baru-baru ini, Fatima terlibat dengan dengan pengambaran iklan bersama Fazura di Suria KLCC tetapi Fatima tidak mempunyai banyak ragam dan memberi kerjasama yang amat baik bersama ibunya termasuk juga pasukan produksi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Fazura juga menyatakan di dalam temu bual bersama Harian Metro bahawa puterinya itu memang seorang bayi yang mudah dijaga dan diurus. Ujarnya lagi, dia tidak menyangkakan anaknya selesa walaupun baru pertama kali pergi ke pusat membeli-belah.

Advertisement

Sebaik kami masuk di dalam pusat membeli-belah ini, Fatima dah teruja dan gembira. Dia gelak saja dan memberi kerjasama yang sangat baik untuk kami berdua siapkan penggambaran. Malah, dia sanggup tahan mata walaupun dah mengantuk.

Fazura turut menyatakan, jika ada tawaran untuk mereka sekeluarga di masa akan datang dia dan suami, Fattah akan mempertimbangkan semula. Kerana Fazura memikirkan anaknya itu masih kecil dan jika rezekinya, Fazura dan suami akan tengok dahulu jika tawaran itu sesuai ataupun tidak.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. hamba Allah yang tak sempurna

    April 15, 2021 at 1:17 pm

    korang smua gaduh psl taksub dgn artist.. yg itu kata ini, yg itu bls yg ini.. please lah.. nak minat ke x minat, diam je lah..korang susah manade dia nak dtg tlg.. Nabi Muhammad yg bribu thun menangiskan utk umat nya tak pulak korang risau ye?? Allahu!! smoga amal ibadah kita dterima di bulan penuh berkah ini…klu saya da silap dlm kata-kata maafkan sya.. sekian

Loading...
To Top