Pada 2 Oktober 2020 yang lalu, setelah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular Fattah dan Fazura dikurniakan cahaya mata puteri yang dinamakan Nur Fatima Aisya.
Mesra dipanggil Fatima, bayi yang berusia enam bulan itu telah berjaya mencuit hati orang ramai dengan senyuman manisnya dan kecomelannya.
Baru-baru ini, Fatima terlibat dengan dengan pengambaran iklan bersama Fazura di Suria KLCC tetapi Fatima tidak mempunyai banyak ragam dan memberi kerjasama yang amat baik bersama ibunya termasuk juga pasukan produksi.
View this post on Instagram
Fazura juga menyatakan di dalam temu bual bersama Harian Metro bahawa puterinya itu memang seorang bayi yang mudah dijaga dan diurus. Ujarnya lagi, dia tidak menyangkakan anaknya selesa walaupun baru pertama kali pergi ke pusat membeli-belah.
Sebaik kami masuk di dalam pusat membeli-belah ini, Fatima dah teruja dan gembira. Dia gelak saja dan memberi kerjasama yang sangat baik untuk kami berdua siapkan penggambaran. Malah, dia sanggup tahan mata walaupun dah mengantuk.
Fazura turut menyatakan, jika ada tawaran untuk mereka sekeluarga di masa akan datang dia dan suami, Fattah akan mempertimbangkan semula. Kerana Fazura memikirkan anaknya itu masih kecil dan jika rezekinya, Fazura dan suami akan tengok dahulu jika tawaran itu sesuai ataupun tidak.