Personaliti media sosial yang mula dikenali ramai kerana bakat memasaknya yang mudah dan sedap, Khairulaming turut tidak melupakan tanggungjawab sosialnya dalam mempromosikan suntikan vaksin COVID-19 kepada para pengikutnya di laman media sosial.
Meskipun begitu, niat baik Khairulaming yang juga dikenali dengan perniagaan Sambal Nyet itu telah disalah erti oleh seorang individu antivaksin.
View this post on Instagram
Menurut Khairulaming, dia telah menerima satu mesej yang dihantar individu tersebut di mana dia telah dituduh menerima bayaran sebanyak RM20,000 kerana giat memberi kesedaran kepentingan mengambil suntikan vaksin.
Yang lebih mengecewakan, individu tersebut turut mendakwa wabak ini sebenarnya dicipta dengan sengaja dan vaksin yang diberikan tidak mampu mengawal dan menghentikan wabak tersebut daripada terus merebak.
Perkara tersebut dikongsikan Khairulaming menerusi satu untaian twit di laman Twitternya baru-baru ini.
ni baru satu dm. ada banyak lagi yg kena fight setiap hari. takpela yang penting dia dh seen message. nak educate orang ramai ni tak mudah. yang muda pun tolonglah stop sebar benda palsu and mengarut ni. kesian kat pakcik makcik yg jadi mangsa pic.twitter.com/p9anVFLACz
— Khairulaming (@khairulaming) May 28, 2021
“Vaksin tak dapat hentikan pandemik ini pun bro, ini adalah virus yang dicipta. Banyak kali promote bro? Dah terima payment RM20,000 ke? Saja tanya?” tulis individu tersebut kepada Khairulaming.
Tidak mendiamkan diri, dia kemudiannya tampil menafikan dakwaan mengenai bayaran RM20,000 yang diterimanya.
Ujarnya lagi, kempen kesedaran vaksin itu dilakukannya secara ikhlas kerana ingin mendidik orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan gerakan antivaksin di luar sana.
“Negara dah tenat, jadi cukup-cukup lah sebarkan benda mengarut yang tak berasaskan ilmu ni. Kesian dengan orang ramai yang kehilangan mak ayah disebabkan pandemik ini..” tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut media sosial ‘influencer’ itu turut membidas dakwaan antivaksin berkenaan dengan mengatakan hasil jualan Sambal Nyet yang diusahakan Khairul Aming melebihi bayaran yang didakwa individu berkenaan.
Mende payment 20k. Ingat dia hadap sangat 20k. Hahaha. Sales sambal 1saat dia pun dah lebih dari tu :( https://t.co/jlSBfkx00P
— fazleyjalal (@fazleyjalal) May 28, 2021